in

“Gaduh cerai, gaduh cerai mengandung lagi” – PU Abu Muat Naik Gambar Baby, Netizen Mula Berspekulasi

Abu Dapat Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu masa dulu, nama PU Abu sering menjadi sebutan netizen dek kerana kontroversinya yang dikatakan telah menceraikan isteri, Ain Afini ketika sedang hamil dan mengahwini usahawan kosmetik, Hana Azraa.


Abu Collage

Namun isu tersebut berlalu setelah sekian lama berlaku selepas pendakwah bebas ini katanya sudah pun bercerai dengan Hana Azraa dan kini kembali bersama isteri pertamanya, Ain.

Dalam diam tiba-tiba nama PU Abu sekali lagi jadi sebutan ramai selepas dia semalam memuat naik gambar seorang bayi comel di Instagram.

Menerusi posting tersebut, PU Abu Sufyan mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran bayi lelaki tersebut.

Segala puji bagi Allah di atas pemberian ini. Welcome to the world my hero. Abi love you and all my kids,” tulisnya.

 

“Ala Abu. Explain la betul-betul. Semua tertanya-tanya…”

Meskipun tidak mendedahkan identiti bayi tersebut, ramai di kalangan netizen mula berspekulasi bahawa bayi itu milik pendakwah ini dengan isteri pertamanya, Ain Afini yang rujuk dua tahun lalu.

Malah ramai juga di antara netizen mengeluarkan teori mereka tersendiri untuk mengesahkan bayi tersebut milik Ain dengan PU Abu lepas meneliti beberapa ‘hint’ yang diberikan oleh Ain sendiri di Instagramnya. Fuh netizen ni laju je buat kerja ye! 

Anak Bini Mana Bu

Apa-apapun ramai juga di kalangan netizen mendoakan semoga PU Abu berbahagia bersama Ain dan tak berulang lagi peristiwa yang dahulu.

Tahniah dapat baby baru PU Abu!

Baca: “Playboy patuh syariah” – Hana Azraa Sahkan Bakal Bercerai Tapi PU Abu Nafi

Hana Azraa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.