in

“Playboy patuh syariah” – Hana Azraa Sahkan Bakal Bercerai Tapi PU Abu Nafi

Collage 37

Tak sampai setahun perkahwinan, Hana Azraa mendedahkan yang dia bakal bercerai dengan suaminya, PU Abu.

Hana yang baru saja melahirkan anak pertama bersama pendakwah bebas itu telah memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dia dan suaminya sudah pun membawa haluan masing-masing.

Bercakap dengan mStar, Hana Azraa mengesahkan kenyataannya di Instagram dengan mengatakan yang dia kini sedang fokus dengan urusan penceraian di mahkamah.

Screenshot 2020 02 14 At 4.18.24 Pm

Apa yang terjadi saya tak boleh cerita. Apa yang sudah lepas itu biarlah ia berlalu.”

Menurut Hana lagi, keputusan untuk bercerai ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan secara baik dari dua-dua pihak

Namun begitu, Harian Metro melaporkan yang PU Abu telah menafikan kenyataan dari isterinya bahawa mereka akan bercerai dan turut menafikan dakwaan dia curang lagi adalah tak benar.

Mohon doa yang baik-baik buat kami. Mana-mana rumah tangga pun akan ada ujian dan saya tak terkecuali.”

Screenshot 2020 02 14 At 3.45.03 Pm Screenshot 2020 02 14 At 3.45.14 Pm Screenshot 2020 02 14 At 3.45.43 Pm

 

Baca: “Jangan riak walaupun bergelar ustaz!” – PU Abu Titip Pesan Buat 2 Anak Tapi Netizen Sempat Bagi Sindiran Pedas

Pu Abu