in

Gadis Tular Lepas Rumah ‘Total Lost’ Akibat Kebakaran, Tapi RM30 Dalam Beg Tangan Terselamat!

Ft Rumah Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun ditimpa malang, sebuah keluarga tular selepas dilihat bersikap ‘santai’ tanpa menunjukkan rasa sedih apabila rumah mereka dijilat api dan menyebabkan tempat kediaman musnah sepenuhnya akibat litar pintas.

Dalam video yang telah meraih lebih 2.5 juta tontonan dalam masa 16 jam itu, mereka dilihat terhibur selepas menemui duit bernilai RM30 dalam sebuah beg masih dalam keadaan elok biarpun seluruh rumah rentung.


Artikel berkaitan: “Masa bagi bantuan dia rakam” – Individu Dakwa Wakil Parti Politik Minta Balik Bantuan Peti Sejuk Daripada Mangsa Rumah Terbakar

Artikel berkaitan: Hotel Terbakar Di Mekah, 70 Orang Jemaah Malaysia Selamat

“Kehadapan bos Christy Ng bag awak kalis api ke duit raya RM30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru-baru ni Gerik Perak.”

@sssuuueeeeee

Kehadapan Bos @Christy Ng 💛 bag awak kalis api ke 😅 duit raya rm30 masih selamat walaupun rumah total lost terbakar baru2 ni Gerik Perak 😱 Buat Kupu2 ku @Ain semoga dipermudahkan segala urusan. awak kuat ♥️

♬ original sound – sssuuueeeeee – sssuuueeeeee

Memandangkan video tersebut tular, pemilik jenama beg tersebut iaitu Christy Ng menerusi ruangan komen tampil memberikan respon. Dalam komen tersebut, Christy meminta pemilik video untuk menghubunginya.

Screenshot 2026 03 31 160803

Video itu menerima pelbagai komen yang mendoakan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran semoga urusan mereka dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, ramai yang mula rasa terpukau dengan ketahanan beg Christy Ng yang dikatakan tahan lasak itu.

Christy Ng Screenshot 2026 03 31 161445

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.