in

Gadis Moden Yang Bakal Berkahwin, Pastikan Anda Tanya 5 Soalan Ini Pada Si Dia

Page Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada banyak perubahan yang berlaku sejak dari zaman dulu hingga sekarang termasuklah cabaran dalam berumah tangga. Dengan ekonomi yang tidak menentu, tidak hairanlah ramai yang kian risau dan mula fikir jauh untuk pastikan kesejahteraan hidup di masa hadapan.


Golongan hawa selalunya adalah yang akan paling risau bab kehidupan after kahwin. So, kami sarankan kepada gadis moden yang nak kahwin tu, make sure korang dah tanya 5 soalan ni dekat zauj korang.

 

1. Gaji awak berapa?

Kalau calon suami korang tu ada kerja, jangan lega dulu, tengok sama ada dia suka lompat-lompat kerja ke or dia jenis setia dengan company. Lepastu tanya dia, apa prospek masa depan kerjaya dia? Ada ke peluang naik pangkat? Korang kena tau benda ni sebab nak rancang masa depan bersama. Yelah, mesti nak suami yang boleh menjamin kestabilan hidup selepas kahwin kan?

 

2. Berapa banyak awak simpan setiap bulan?

Bunyi soalan ni macam kerek sikit, tapi memang sangat penting. Dari sini nanti barulah korang tau bakal suami tu jenis pandai menyimpan atau tak reti menabung. At least, kalau korang tau, senanglah nak ambil langkah dan menimba ilmu pasal macam mana nak menabung. Duit ni nanti nak guna untuk kesenangan bersama jugak. Nanti bila ada anak, lagilah banyak nak guna duit. Semua benda ni kena pikir siap-siap dari sekarang.

Maybank
gambar hiasan

 

3. Awak ada berhutang dengan bank ke? PTPTN ke?

Nampak simple, tapi soalan ni antara yang penting korang kena tanya. Kang buatnya calon suami korang tu banyak hutang, matilah nakkk! Korang kena tanggung jugak nanti bila dah kahwin. Lepastu kalau ada, korang tanya pulak, apa plan dan jangka masa yang dia perlukan untuk settlekan hutang-hutang tu? Soalan ini bukanlah niat nak attack atau judge dia, tapi supaya boleh bawak berbincang pasal cara terbaik nak uruskan hutang-hutang tu.

Ptptn
gambar hiasan

 

4. Awak ada ambil insurans?

Dengan kos rawatan dan perubatan yang mahal sekarang ni, korang make surelah, si dia ada insurans. Kalau dia jawab ada, tahniah! Sebabnya, orang yang ada insurans ni maknanya dah rancang dan fikir masa depan mereka serta pandai uruskan kewangan. Korang pun kenalah ada insurans. Kalau belum, lepas kahwin, suruh dia daftarkan korang. Lepas tu, jangan lupa pulak untuk suruh dia letakkan korang sebagai pewaris dalam borang lepas dah kahwin nanti. Apa apa jadi, terjamin sikit. Zaman sekarang macam macam insurans ada!

Insurans
gambar hiasan

 

5. Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?

Yang ni penting untuk nak tengok keserasian korang. Kalau buatnya dia nak korang jadi suri rumah sepenuh masa, tapi korang pulak jenis nak berkerjaya, susah sikitlah nanti. Lepastu, jangan lupa nak tanya berapa banyak yang korang berdua perlukan untuk survive alam rumah tangga. So, dari sini korang decide, better korang kerja atau bakal husband korang sorang je yang kerja dah ok.

Mom Kids
gambar hiasan

Walaupun kata orang rezeki di mana-mana, tapi, tak salah untuk merancang dulu sebelum berkahwin. Dan bila dah kahwin, perlu ada usaha bersama bagi memperbaiki diri serta ekonomi keluarga supaya dapat berikan yang terbaik kepada anak-anak kelak.

Oh ye, tapi nanti janganlah tanya macam nak perli pulak. Pandai-pandailah korang reka ayat bagi sopan sikit.

Baca: Bakal Suami Boleh Pilih 4 Barang Hantaran Ni Untuk Ringankan Beban Isteri

Save 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.