in

Bakal Suami Boleh Pilih 4 Barang Hantaran Ni Untuk Ringankan Beban Isteri

Save

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai mesti dah tahu pasangan sama cantik sama padan Fattah Amin dan Nur Fazura selamat melangsungkan majlis resepsi dorang semalam, kan? Cantik sangat, macam putera puteri! Bila cakap pasal kahwin, tak sah kalau kita tak terfikir pasal barang-barang hantaran.


Bagi kaum lelaki, antara benda yang selalu kita nampak atas dulang hantaran untuk dihadiahkan kepada bakal isteri adalah kain dan kasut tumit tinggi. Rasa-rasa lepas kahwin isteri korang pakai ke tak kasut tu? Kasut tumit tinggi ni sakit tau nak pakai, bini nak jalan jauh-jauh pun susah nanti.

H1 2
sumber: utusan

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ni kadang-kadang pening nak bagi apa sebagai hantaran, maklumlah banyak lagi perkara yang dorang kena settle. Menerusi perkongsian Facebook seorang wanita yang dah 14 tahun berkahwin dan ada 4 orang anak, ini barangan yang sepatutnya kaum lelaki jadikan hantaran untuk ringankan beban isteri.

 

1. Seterika Stim

Seterika stim ni selalunya orang panggil dengan nama steam iron. Ni memang antara benda yang sangat berguna kalau nak dibuat hantaran. Basuh baju, jemur baju dan gosok baju tu memang tak pernah habis. Isteri selalunya akan gosok baju suami dan anak-anak sekali, itu belum masuk diri sendiri punya lagi.

Kalau ada steam iron ni, memang sangat membantu meringankan beban isteri nak gosok baju suami dan anak-anak. Gosok baju ni ambil masa yang lama, boleh bengkak kaki dibuatnya kalau gosok semua sekaligus. Kalau ada steam iron ni, proses menggosok pun laju je.

1 10
sumber: amazon
12 1
sumber: shutterstock

 

2. Periuk Tekanan

Periuk tekanan atau pressure cooker ni selalunya orang kita tak guna sangat tapi sebenarnya sangat bagus fungsinya. Periuk tekanan ni elok kalau nak dijadikan hantaran sebab memang boleh jimatkan masa. Contohnya kalau nak masak bubur kacang buat makan petang dengan suami, 1kg kacang hijau tu boleh rebus sampai lembut dalam lebih kurang 10 minit je tau!

Kalau dah dikurniakan rezeki dapat cahaya mata pulak, bertambah mudah la urusan memasak seharian. Isteri dalam pantang biasanya kena makan makanan yang kurang minyak. Kalau kaum lelaki hadiahkan periuk tekanan ni sebagai hantaran, nanti korang pun ada banyak masa nak jaga isteri sebab memang mudah nak masak lauk-lauk berpantang isteri dalam ni nanti.

21 E1519640869964
sumber: norliza othman
22 1
sumber: omaha

 

3. Mesin Pengering Kain

Mesin pengering atau dryer ni special sikit. Harganya memang agak mahal kalau nak dibanding dengan barangan lain. Tapi kalau kaum lelaki boleh sediakan ni sebagai hantaran kepada bakal isteri, korang memang terbaiklah! Kalau ada mesin pengering ni di rumah, lepas basuh kain boleh terus keringkan.

Tak perlu bimbang cuaca hujan atau masalah bau kepam kalau kain tak cukup kering, boleh terus keringkan je. Memang jimat masa, tak perlu membazir waktu dan tenaga untuk sidai kain satu persatu di ampaian.

33 1
sumber: instructables
34
sumber: sputniknews

 

4. Kuali Tidak Melekat

Kuali tidak melekat atau non-stick pan ni yang paling popular mestilah kuali magic Cap Ikan tu. Kuali merah yang ada logo ikan besar-besar kat depan dia tu. Kuali ni memang sangat berguna kalau jadikan hantaran. Nak letak atas dulang hantaran pun boleh, saiz dia muat-muat je. Kuali ni pun sangat berguna terutama kalau isteri lepas bersalin dalam pantang.

Nak masak ikan bakar ke, nak buat lempeng ke, nak buat bubur pun boleh dalam ni. Pendek kata semua boleh dimasak. Nak uruskan rumah tangga ni bukannya mudah. Kalau ada kuali ni memang boleh jimat masa dan masak macam-macam untuk keluarga. Daripada sediakan hantaran yang bukan-bukan, seeloknya berikan benda-benda macam ni supaya dapat bantu isteri jadi lebih efektif.

44 1
sumber: ummierna
444
sumber: ummierna

Tak perlu bazirkan duit beli hantaran yang mahal-mahal tapi tak boleh pakai lama, lebih baik sediakan hantaran yang sangat berguna dan boleh ringankan beban isteri macam ni, kan? Isteri senang hati, keluarga pun bahagia.

Baca: 7 Tips Sangat Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian

Iakna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.