Insiden malang menimpa seorang gadis dari Ciamis, Indonesia ini dah macam cerita dalam sinetron. Menurut Tribun, Bunga Baregbeg, 16, telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook pada tahun lepas.
Selepas kenal dengan lelaki tersebut, mereka kemudian berjumpa pada Ogos 2018. Ketika bertemu, lelaki itu memaksa Bunga untuk bersetubuh dengan dia.
Menurut polis, lelaki tu telah merogol Bunga sebanyak 3 kali sepanjang perkenalan mereka. Pertama dilakukan di rumah dia, kali kedua pula dia sebuah rumah kos murah dekat Cigembor dan terakhir di Garut.
Awalnya mereka berkenalan di Facebook sehingga terjadilah kejadian tersebut.”

Akibat dirogol, Bunga disahkan mengandung dan perkara tu diketahui pihak keluarga. Memandangkan usianya yang masih di bawah umur, keluarga Bunga pun buat laporan polis.
Pihak polis kemudian menahan lelaki tersebut dan selepas menjalankan siasatan, terbongkar satu rahsia yang sangat mengejutkan. Bunga dan lelaki itu rupa-rupanya adik beradik kandung!

Mereka tidak kenal antara satu sama lain sebab bapa mereka meninggalkan ibu lelaki tu sejak dia di dalam perut lagi. Kemudian dia berkahwin pula dengan ibu Bunga.
Selama ini mereka tidak pernah bertemu dan tidak pernah tahu yang mereka adalah adik dan abang, adik beradik kandung berbeza ibu.”
Bunga kini dilaporkan telah melahirkan anak tersebut dan tidak lagi bersekolah. Lelaki tu pula telah ditahan dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana merogol gadis di bawah umur.
Kenapalah jadi sampai macam ni kan.. Tapi, nasi dah menjadi bubur….