in

Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Peronda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengalaman kereta rosak dan terkandas di tepi jalan raya ketika cuaca panas semestinya satu situasi yang tiada siapa ingin lalui. Bukan sahaja terpaksa menahan cuaca, tapi juga harus menunggu bantuan tiba. 5 minit rasa macam 15 minit time macam ni!


Melalui satu perkongsian dari seorang netizen di Facebook, seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika tayar kereta tiba-tiba tertusuk sesuatu semasa dalam perjalanan pulang.

“Saya hubungi abang saya untuk meminta bantuan dan dia kemudian memberitahu dia sudah dalam perjalanan tetapi tidak lama selepas itu, saya ternampak kereta peronda lebuhraya lalu di laluan seberang. Kemudian, saya nampak mereka datang dan memberhentikan kenderaan berdekatan kereta saya dan memanggil saya.”

Peronda3
sumber: facebook

Menurut World of Buzz, mereka kemudian bertanya kepadanya sama ada tayar keretanya itu meletup dan gadis berkenaan mengesahkan perkata tersebut.

“Kedua-dua pegawai itu kemudian segera turun dari kereta dan memberitahu mereka akan membantu menukarkan tayar. Saya sangat bersyukur pada ketika itu dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada mereka tanpa henti. Pada waktu itu, cuaca sangat panas tetapi mereka berhenti untuk membantu. Saya benar-benar bernasib baik kerana berjumpa dengan pegawai yang bantu menukarkan tayar. Terima kasih banyak banyak!”

Peronda2
sumber: facebook
Peronda1
sumber: facebook

Ramai netizen memberi komen kepada status itu dan memuji tindakan kedua-dua pegawai tersebut yang membantunya. Gadis itu turut memberitahu bahawa dia mahu memberikan sedikit bayaran sebagai upah tanda penghargaan tetapi mereka menolak.

Ada juga yang berkata ia sudah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka untuk membantu pemandu yang terkandas, tetapi ramai yang membalas dengan berkata, jika begitu mereka mungkin hanya akan pejam mata sahaja dan tidak menolongnya keluar dari kesukaran itu.

Apa-apa pun, terima kasih kepada kedua-dua pegawai itu kerana sudi membantu. Salute!

Baca: Jururawat Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Berhenti Untuk Bantu Mangsa Kemalangan Dipuji Netizen

Nurse 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.