in

Jururawat Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Berhenti Untuk Bantu Mangsa Kemalangan Dipuji Netizen

Juru1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi jururawat sememangnya satu pekerjaan yang mulia. Mereka berbakti kepada semua meskipun dihina dan dicaci. Mereka bukan sahaja berjasa menjaga pesakit di hospital tetapi turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di mana sahaja.


Semalam, tular di media sosial gambar seorang jururawat yang membantu mangsa kemalangan di Alor Setar, Kedah. Melalui status yang dimuatnaik di Facebook, satu kemalangan berlaku di Kerpan, Jalan Kangar-Alor Setar kira-kira jam 7 pagi pada 14 Mei lalu.

Seorang lelaki yang juga penunggang motorsikal terlibat dengan kemalangan itu tidak sedarkan diri. Menurut orang ramai, darah mengalir keluar dari telinga mangsa pada ketika itu namun mereka tidak tahu mahu berbuat apa sementara menunggu ambulan tiba.

K 2
sumber: facebook

Lebih mengecewakan, ambulan serta polis mengambil masa yang lama untuk sampai. Meskipun sudah dihubungi, bantuan masih belum tiba selepas 30 minit.

Namun, seorang jururawat sedang dalam perjalanan ke tempat kerja melalui kawasan kemalangan itu serta merta memberhentikan kereta. Wanita itu kemudian terus bergegas menuju ke arah mangsa dan memberikan bantuan sambil menghubungi semula ambulan.

K4
sumber: facebook
K3 1
sumber: facebook

Van Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) kemudian tiba sebelum ambulan dan polis meskipun mereka yang dihubungi orang ramai terlebih dahulu. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan..

K2 1
sumber: facebook
K1 2
sumber: facebook

Netizen rata-rata memuji sikap jururawat itu serta perkhidmatan APM, tidak kurang juga memberi komen tentang perkhidmatan bantuan dari ambulan yang lewat tiba di lokasi kemalangan.

Terima kasih kakak jururawat, hulurkan bantuan tidak kira di mana anda berada. Prinsip begini harus diteruskan.”

Saya pernah hubungi 999 untuk minta bantuan berkenaan penunggang motosikal yang kemalangan. Bantuan yang diberi memang lambat, ambulan pun lambat.”

APM memang terbaik. Selalu tiba awal, keep it up.”

Seorang lelaki bernama Zulhilmi Ahmad yang juga waris mangsa kemalangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada yang membantu adiknya sehingga dia dibawa ke hospital.

Mangsa dilaporkan masih koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah.

Semoga sikap jururawat ini membantu mereka yang memerlukan menjadi contoh bukan sahaja kepada jururawat yang lain tetapi kepada semua orang. 

Baca: Lelaki Berhati Mulia Tanam Setiap Bangkai Kucing Dijumpainya Sejak 13 Tahun Lalu

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.