in

Gadis Diekori Lelaki Tak Dikenali Masa Berbasikal Waktu Malam, Siap Kenyit Mata & Minta Nombor!

basikal fi full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kes Covid-19 di Malaysia semakin pulih, pelbagai kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan demi memudahkan rakyat untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Antara aktiviti yang diberi kelonggaran ialah beriadah dan bersukan. Disebabkan itu, aktiviti sukan dan riadah seperti berbasikal kini kian menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Terlihat banyak penunggang basikal yang meluangkan masa berbasikal di kawasan lebuh raya atau di kawasan rekreasi.


Sehubungan dengan hobi baru ini, menerusi laman TikTok, seorang gadis telah berkongsikan siri videonya diekori lelaki bermotor yang tak dikenali semasa sedang berbasikal pada waktu malam.

https://www.tiktok.com/@psychomoonchildbuddy/video/7023195394758708481?_d=secCgYIASAHKAESPgo8E2DedyA%2BsYKCExv8bXSXs26IwLL5C1n01aTG2efqja1UZqHXIzJj7OMWkOJY0biYU1w4Fc55XHXIOTmwGgA%3D&checksum=14fa9d5ac224de9c82de28e58298b7d9a8b56028c89e7f9db99fa3b7b91ef40f&language=en&mid=7023022718308502273&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7023022734489799937&share_link_id=081180B1-0038-4ECB-B9D3-579AD6772B04&source=h5_t&timestamp=1635284145&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam posting video penjelasannya, gadis ini difahamkan sedang berbasikal pada sekitar jam 8 malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja. Semasa sedang berbasikal di kawasan jalan besar, dia menyedari ada seorang lelaki tak dikenali mengekorinya serta mengenyit mata dan memanggilnya.

Apabila dia cuba untuk melarikan diri ke jalan lain, lelaki tersebut masih lagi mengekorinya dan berhenti di sebelahnya semasa dia membuat keputusan untuk berhenti di tepi jalan dan bertanya mengapa lelaki tersebut mengekorinya.

“Dia boleh tanya nama siapa, duduk dekat mana, pastu dia ada sebut nak nombor aku…”- Gadis

Sebaik sahaja gadis ini bertindak untuk merekod video, lelaki tersebut tiba-tiba mengaku bahawa dia merupakan pegawai peronda kawasan taman perumahan tersebut. Walaupun dalam keadaan takut, tetapi gadis ini tetap beranikan diri untuk menjerit dan meminta tolong.

Pun begitu, tiada bantuan yang diterima dan menerusi ruang komen, gadis ini memberitahu bahawa komuniti kejiranan itu hanyalah melihatnya dari dalam kawasan rumah sahaja. Akan tetapi, melalui rantaian siri video di akaun TikToknya itu, gadis ini terlihat bernasib baik kerana terdapat seorang uncle yang berhenti dan bertanya apa yang berlaku.

Pelbagai reaksi yang diterima oleh gadis ini di ruangan komen berikutan video postingnya itu. Kebanyakan mereka menasihati gadis ini supaya tidak berbasikal pada waktu malam berseorangan. Ada juga yang memberi tips dan menyarankan untuk membuat laporan polis.

basikal media full

Untuk melihat rantaian video berkenaan kejadian ini dengan lebih lanjut, boleh klik di sini.

Baca: Tengah Syok Berbasikal Tepi Sungai Melaka, Geng Ni Terkejut Kena Panggil Dengan Abang JPJ Rupanya Sebab

baca basikal

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.