in

‘Frust’ Tak Ada Anak, Lelaki Myanmar Ditahan Cuba Bawa Lari Kanak-Kanak Main Depan Rumah

Ft Lelaki Myanmar Cuba Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini memang kena banyak hati-hati terutamanya kepada ibu bapa yang ada anak kecil sebab di Kuantan, Pahang, ada satu kejadian seorang lelaki warga Myanmar cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun.

Pada waktu kejadian semalam, kanak-kanak itu sedang bermain di hadapan rumahnya yang bertempat di Batu Tiga, Jalan Gambang.


 

Culik sebab dah 8 tahun kahwin tak ada anak

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 9 45 pagi dan anggota dari IPD Kuantan dari Unit Kereta Peronda terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya lagi menerusi Harian Metro, suspek yang berusia 30 tahun itu telah ditahan oleh orang awam dan bapa mangsa di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu Tiga sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Screenshot 2022 05 23 155359

“Suspek dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman akan dilakukan oleh pegawai penyiasat kes hari ini. Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa.”

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh ayah mangsa Wan Zahari, penjual ketam nipah itu mengatakan anaknya pada waktu itu sedang bermain pasir di hadapan rumah dan ibunya sedang menyiram pokok bunga di halaman.

Bapa mangsa mendengar bunyi jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Susulan itu, bapa mangsa bertindak segera dengan mengejar suspek yang cuba melarikan diri.”

“Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula.”

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1528565070195675136

Tambah beliau, siasatan awal mendapati suspek yang datang ke Malaysia 3 bulan lepas bertindak demikian kerana mahukan anak selepas tidak dikurniakan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Baca :Ada Plan Nak Ke Myanmar Tahun Depan? Korang Kena Baca Ni Dulu…

Myanmar Buka Pelancongan 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.