in

Ada Plan Nak Ke Myanmar Tahun Depan? Korang Kena Baca Ni Dulu…

Myanmar Buka Pelancongan 2022

Selepas Thailand dan Singapura mula membuka semula sempadan antarabangsa untuk tujuan pelancongan, nampaknya sebuah lagi negara dari rantau Asia Tenggara bakal mengikut jejak langkah mereka iaitu Myanmar.

Menurut laporan CNN, negara Myanmar yang sering juga dijadikan destinasi tumpuan backpackers ini bakal membuka industri pelancongan mereka pada awal tahun 2022.

Walaupun kebanyakan negara telah menutup sempadan antarabangsa bagi mengekang penularan wabak Covid-19, Myanmar masih dilabelkan berada pada tahap ke-4 di laman web CDC selain pelancong dinasihatkan agar mengelakkan diri dari ke negara berkenaan.

Kadar Vaksinasi Myanmar

Kes rendah, ujian pun rendah

Selain dari amaran tahap 4 yang dikeluarkan CDC tersebut, kalau diikutkan statistik di laman web OurWorldInData, kadar vaksinasi Myanmar hanyalah 24%, itupun hanya 13 peratus daripada jumlah penduduk telah mendapatkan vaksinasi penuh.

Cuba bayangkan, negara kita yang dah mencapai 75.5 peratus ini pun masih mencatat kes harian yang tinggi, apatah lagi negara Myanmar! Walaupun dilaporkan hanya terdapat sekitar 508 ribu kes kumulatif tapi perlu dingatkan, ujian hanya dijalani oleh 5 juta penduduk sedangkan populasi Myanmar hampir 55 juta orang penduduk!

Myamnar Kes

Selain dari kes Covid-19, ada seperkara lagi yang korang perlu tahu berlaku di Myanmar iaitu rampasan kuasa oleh tentera pada awal Februari dimana pemimpin ketika itu Aung San Suu Kyi telah digulingkan dan sekarang ini dibawah kuasa tentera pimpinan Jeneral Min Aung Hlaing.

Walaubagaimanapun, difahamkan Myanmar bersedia membuka semula sektor pelancongan kepada individu yang telah mendapat suntikan vaksin dan menurut jurucakap pihak tentera.

“Kami merancang untuk membuka semula pelancongan untuk pelancong yang telah divaksin jika rancangan berjalan dengan baik demi perjalanan yang mudah dan selamat”

Difahamkan, belum ada maklumat yang lengkap tentang pembukaan sektor pelancongan ini, namun menurut laporan Bloomberg, difahamkan mereka mensasarkan kepada pelancong dari Asia Tenggara.

Keadaan semasa di Myanmar

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, keadaan semasa di Myamnar difahamkan tidak lagi sama seperti mana sebelum rampasan kuasa berlaku.

Menurut sumber CNN yang berada di sana, kebanyakan infrastruktur berada dalam keadaan yang teruk, keadaan ini juga diburukkan lagi dengan penutupan kedai kerana tekanan ekonomi atau pemilik telah lari keluar negara ditambah pula sektor pelancongan turut diambil alih oleh tentera.

Selain itu, difahamkan bekalan elektrik di sana sering terputus dan rangkaian internet juga akan terganggu menyebabkan orang ramai atau pelancong yang bakal ke sana akan menghadapi kesukaran untuk berhubung.

Dalam masa yang sama, antara yang teruk terjejas adalah rangkaian hotel mewah yang rata-rata terpaksa menghentikan operasi sehingga diberitahu dek kerana kemelut politik dan keadaan semasa selain ada juga syarikat pengendali pelancong tempatan yang gulung tikar walaupun telah beroperasi selama 25 tahun disana.

Min rasa, buat masa sekarang ni, jangan kesana dahulu. Pergi ke negara lain yang lebih selamat atau pilihlah untuk bercuti dalam Malaysia dahulu. 

Baca : “Bahaya nak balik sekarang” – Lelaki Myanmar Merayu Diberi Kebenaran Untuk Tinggal Di Malaysia

Collage 24