in

Forum Perdana Ehwal Islam Dapat Sambutan Positif Netizen, Berjaya Yakin Golongan Atas Pagar Untuk Daftar Terima Vaksin

Forum Perdana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut tentang Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI), program ini pastinya sinonim dengan datuk atau nenek mahupun ibu bapa kita yang gemar mendengar kupasan mengenai agama daripada panel-panel yang hebat.

Walau bagaimanapun, program FPEI yang diadakan semalam boleh dikatakan antara yang terbaik dan julung kali dalam sejarah muncul dengan paling ramai ahli panel, lapor Utusan Online.


Membariskan sembilan orang panel serentak dengan dua moderator, program bicarawara ini membincangkan mengenai isu panas bertajuk ‘Vaksin: Cegah Sebelum Kalah’. 

Antara panel yang menarik perhatian penonton sudah pastinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim; Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan ramai lagi seperti yang tertera dalam poster di bawah.

 

“Terbaik forum ni. Mak ayah aku geng atas pagar. Lepas tengok forum terus daftar untuk terima vaksin” 

Terrnyata FPEI kali ini mendapat sambutan positif daripada netizen kerana rata-rata yang menonton berasa puas hati dengan penyampaian panel berkenaan isu vaksin COVID 19 yang sebelum ini pernah dimomokkan tidak halal, berbahaya dan juga terpalit dengan pelbagai teori konspirasi tidak masuk akal.

Malah ada juga di kalangan netizen mengakui ibu bapa mereka bersetuju untuk mendaftar sebagai penerima vaksin sebaik selesai menonton forum ini. Terbaik! 

Fpei 1

Panel

Apa yang dapat dirumuskan menerusi forum ini ialah masyarakat di luar sana haruslah tabayyun (selidik) dan berhati-hati dalam menerima apa jua berita yang mereka terima berkaitan isu vaksin ini.

Vaksin COVID 19 adalah selamat dan ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencegah sebelum kalah atau terlambat. No one is safe until everyone is safe! 

Bagi mereka yang tak sempat nak tengok atau nak ulang tengok semula, korang boleh je klik di link ini atau yang disediakan dalam tweet Dr Zulkifli ini.

Senoga bermanfaat buat semua! 

Baca: “Saya rasa sihat, tak ada demam” – PM Kongsi Pengalaman Sehari Lepas Terima Vaksin, Tidak Alami Gejala Luar Biasa

Pm Vaksin

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.