in

Forest Skywalk FRIM, Kepong Tawar Pemandangan KL Dari Ketinggian 50 Meter

cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat anda yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, pernah tak terdetik di dalam hati yang Kuala Lumpur ini membosankan kerana kurangnya pemandangan hijau? Yang banyak hanyalah bangunan dan pusat beli-belah.

Pilihan untuk menikmati alam sekitar juga adalah terhad, penduduk di sekitar Kuala Lumpur kebiasaannya akan pergi ke Hutan Simpan Bukit Nanas atau melakukan aktiviti hiking di bukit Saga, Ampang jika mereka mahu berasa dekat dengan alam sekitar.


Kini anda tidak perlu runsing lagi! Forest Skywalk atau juga dikenali sebagai Jejantas Rimba kini dibuka kepada orang awam mulai 31 Ogos ini di FRIM, Taman Botani Kepong.

5 2

Jambatan ini dibina sehingga 50 meter tinggi dan 250 meter panjang. Dibina dengan menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan pula dengan ‘guy wire’, Forest Skywalk dilihat sangat selamat untuk menampung beberapa pengunjung dalam satu-satu masa.

Lebih menarik, anda bukan sahaja dapat melihat pemandangan hutan di situ, malah anda juga dapat menikmati pemandangan sejauh 30 kilometer serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

3 11

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh FRIM, cantik betul!

1 22

2 14

118472417 3252731458095474 2416281107992517532 o

Buat anda yang berminat untuk singgah ke Forest Skywalk, jambatan ini dibuka pada pada setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Kemasukan terakhir pula adalah sejam sebelum penutupan jambatan.

Harga nak masuk mahal ke murah?

Pasti anda tertanya-tanya berkenaan harga yang dikenakan untuk tempat secantik ini, tak mahal pun jangan risau! Berikut adalah harga yang telah ditetapkan oleh pihak FRIM buat anda yang berminat untuk menikmati kehijauan alam.

x 5

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh singgah di laman Facebook rasmi FRIM atau hubungi mereka di talian berikut, 03-6279 7592/7596/7649.

Tunggu apa lagi? Serbu!

 

BACA: Rider Meninggal Dunia Lepas Muka ‘Melekat’ Pada Belakang Lori Di Lebuhraya DUKE

cats 22

Sumber: FRIM
Sumber: FRIM
Sumber: FRIM
Sumber: FRIM
Sumber: FRIM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.