in

Elak Penyebaran Covid-19, Perhilitan, FRIM Ditutup Bermula Oktober

Ft Frim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan Covid-19 di negara ini semakin merisaukan akhir-akhir ini.


Beberapa inisiatif diambil bagi mengelakkan penyebaran virus ini antaranya dengan menutup sementara perkhidmatan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Langkah ini diambil oleh  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bermula 6 Oktober.

Antara kemudahan yang terlibat  adalah Taman Negara Kelantan, Kuala Koh (Kelantan), Paya Indah Wetlands (Selangor),  Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong (Kenyir), dan Taman Negara Pulau Pinang, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun di Pahang, beberapa tempat turut terkesan seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Tapak RAMSAR Tasek Bera.

Selain Perhilitan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga menjalankan penutupan sementara bagi perkhidmatan Taman Botani Kepong dan ‘Forest Skywalk’ bermula 5 Oktober.

 

Frim

Tak sempat min nak pergi, tapi tak apa la untuk keselamatan semua orang kan? Korang pun kena amalkan SOP juga, perjuangan kita belum selesai!

 

Baca : Ingat! Jika warga Selangor leka Catat 160 Kes Terkumpul, Penularan Wabak COVID 19 di Selangor Kian Meningkat

Capture . 3

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.