in

Flyover Dalam Pembikinan Dekat Desa Tun Razak Runtuh Hempap Van Kilang

provide

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian runtuhan flyover dalam pembinaaan dekat Desa Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar 6 petang ini.

Seramai 5 individu terperangkap dalam runtuhan melibatkan sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala ke Ampang.


EvjMcH8UUAg3TCg EvjMcH9UUAAetwz

Dalam satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.”

EvjMcH9VgAMlEMB

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.” 

Makluman awal yang diterima bomba, terdapat 5 orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut.

Menerusi Harian Metro, kejadian berpunca akibat lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata setakat ini, status mangsa belum diketahui dan pihak bomba sedang dalam proses mengangkat bahan binaan yang runtuh itu.

 

Baca : Kereta Menjunam Di Laluan Bertingkat, Suami Maut Tersangkut Atas ‘Flyover’, Isteri Pula Cedera Parah

flyover

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.