Baru-baru ini, viral sebuah foto papan iklan yang memaparkan iklan ‘Kuala Lumpur Mesra Pejalan Kaki’ yang diletakkan di tengah-tengah jalan raya di sana.
Gambar yang dikongsikan oleh rinmansor menerusi Twitter itu telah meraih perhatian ramai warganet yang tak puas hati betapa ironinya foto berkenaan di mana rakyat Malaysia digalakkan untuk jalan kaki namun dalam gambar tu tidak kelihatan pun lorong pejalan kaki.
What pejalan kaki? Ruang pejalan kaki pun takde nak jalan kaki mana boss? 😂 pic.twitter.com/1CpKH4Ylf1
— Rin (@rinmansor) June 2, 2022
Warganet kemudiannya berkongsi perbezaan di antara lorong pejalan kaki yang ada di negara-negara lain dan di Malaysia. Dorang ada sertakan gambar sidewalk dekat overseas tu sekali tau.
Contohnya, kawasan depan rumah di Amerika Syarikat juga diwajibkan untuk ada lorong pejalan kaki dengan syarat tidak boleh menghalang kereta yang nak diparkir di depan rumah.
depan rumah pun wajib ada sidewalk. takleh block ngan kereta yang nak parking depan umah. pic.twitter.com/Kg8RNEtVji
— . (@Idlaan) June 3, 2022
Manakala di Malaysia pula, kebanyakan lorong pejalan kaki yang ada selalunya akan sempit kerana penuh dengan gerai-gerai jualan sehingga menyukarkan pejalan kaki untuk lalu di kawasan tersebut.
Boleh tengok gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai nurkhaledah ini.
Mesralah sangattt…ni Ampang Park. Sampai tempat jalan kaki pon nak buat tempat niaga. @DBKL2u pic.twitter.com/3vrIZLfnwg
— Kalida (@theKalida) June 2, 2022
Selain itu, di Malaysia juga, kebanyakan ruang kaki lima juga telah digunakan oleh kedai-kedai untuk letak barang-barang jualan mereka sehingga menyukarkan orang lain untuk lalu di situ terutamanya ketika hujan.
Hmm mesra betholl pic.twitter.com/Q09gixl5a8
— Shaqu (@Shaq_ljfkcug) June 3, 2022
Ini pula keadaan kawasan pejalan kaki seperti yang dikongsikan oleh salah seorang warganet di Twitter.
Lain pula bezanya dengan lorong pejalan kaki di Korea Selatan dan Jepun yang memang luas dan tetap selamat walaupun kawasan berkenaan sedang dalam pembinaan.
Min yakin, orang Malaysia ni suka je jalan kaki kalau nak ke tempat dekat-dekat, tapi infrastruktur yang ada di negara kita ni macam tak efisyen dan selamat sangat kan. Apa pendapat korang?
Baca: Ramai Tak Puas Hati Baca ‘Statement’ KTMB Pasal Orang Awam Jarang Guna Kemudahan Tren