in

“First time p gym tak bagi OKU masuk” – Pemuda Terkilan Tak Boleh ‘Workout’ Sebab Berkerusi Roda

Ft Oku Gym

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah berbulan-bulan boleh masuk ke gym untuk bersenam, tiba-tiba individu yang dikenali sebagai Afiq Azman ini didatangi oleh pihak pengurusan menyatakan bahawa dia tak boleh masuk kerana dirinya Orang Kurang Upaya (OKU).

 

Tak boleh masuk gym sebab OKU


Perkongsian itu tular menerusi sebuah video di Twitter dan meraih 3,185 jumlah retweets sepanjang ia dikongsikan sejak 1 Mac lepas. Afiq menyatakan bahawa dia sudah ke gym tersebut selama berbulan-bulan, tiba-tiba diberitahu tidak boleh masuk kerana berkerusi roda.

Dalam video berdurasi 41 saat itu, dilihat kakitangan gym tersebut sedang membincangkan sesuatu mengenai perihal terma dan syarat.

Menurut Afiq, seumur hidupnya, ini adalah pertama kali dia alami gym tidak menerima golongan OKU di premisnya.

“Saya rasa sungguh kecewa dengan segelintir masyarat kita yg masih bersikap diskriminasi terhadap golongan OKU.”

Menurut Afiq, kejadian ini berlaku di sebuah gym di Pulau Pinang, waktu kejadian dia bersama rakannya yang berbaju biru itu diberikan amaran oleh kakitangan tersebut. Rakannya itu juga merupakan golongan OKU.

“Brader yang pakai baju biru tu pun OKU. Kaki kudung sebelah. Aku dengan dia kena warning tadi..”

“Kita pergi gym bukannya buat benda yg extreme.. kita pergi gym buat takat mana kita mampu jaa. Kita pun tau tahap kita macam mana.”

Lebih teruk lagi, Afiq dan rakannya itu disuruh oleh kakitangan tersebut untuk cari gym lain.

“Dia boleh kata keadaan aku nie tak sesuai mai gym ni sebab bahaya untuk aku.. padahai dh 3 bulan aku datang. Dia suruh aku pergi cari gym lain.”

Disebabkan kejadian ini, Afiq meminta pihak-pihak berkaitan seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengasas dan Presiden Persatuan OKU Sentral, Pengasas dan Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz untuk mengambil cakna berkenaan isu ini.

Baca : Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Untuk Mengundi Gara-Gara Tiket Bas Habis

657Rty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.