in

“First in Malaysia!” – [VIDEO] Netizen Teruja Dah Ada ‘Haunted Drive Thru’ Di Melaka!

Drive Thru Haunted

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia ramai yang sukakan aktiviti rumah hantu, ada yang memang meminati perkara mistik dan ada juga yang nak cuba test keberanian mereka.


Jika sebelum ini, kita ada mendengar tentang kereta api ala Train To Busan di Jakarta, Indonesia kini di Malaysia sudah ada Haunted Drive Thru yang memerlukan pengunjung berada di dalam kereta sebelum ‘dihantui’. Seram lak!

@gadispurba

1st in malaysia…. Di alor gajah melaka.. seram sbb gelap.. then kena bukak tingkap.. bonet… pintu pn dorg bukak weh… naye laaa… #haunteddrivethrumelaka #haunteddrivethru #haunteddrive

♬ Dhat – From KKN Di Desa Penari – Kinanti & Madukina

Perkongsian video TikTok oleh @gadispurba menunjukkan bagaimana pengunjung diminta untuk berada di dalam kereta dan mereka akan dikerumuni oleh hantu-hantu yang menyeramkan, malah pengunjung juga boleh membuka tingkap untuk pengalaman yang lebih real.

Video tersebut sudah mendapat hampir 2 juta tontonan dan difahamkan Hanuted Drive Thru ini dibuka di Alor Gajah, Melaka.

Dalam laman instagram rasmi mereka, pengunjung boleh membuat tempahan awal sebelum ke sana dan waktu operasinya adalah pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8 malam sehingga 12 malam.

Ramai netizen yang memuji idea dan kreativiti penganjur Haunted Drive Thru ini dan rata-rata netizen ingin merasai sendiri pengalaman ‘dikejar’ hantu.

Dtm

Korang nak try tak? Huuuu~

Baca: Tular Video Penumpang LRT Di Jakarta Dikejar ‘Zombie’ Ala-Ala Train To Busan, Rupanya...

Olgdks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.