in

Tular Video Penumpang LRT Di Jakarta Dikejar ‘Zombie’ Ala-Ala Train To Busan, Rupanya….

Olgdks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda pernah menonton film The Walking Dead ataupun Train To Busan, anda akan tahu bahawa melarikan diri dari segerombolan zombi atau mayat hidup bukanlah perkara yang mudah.


Kadang-kadang kita terfikir adakah zombi ini bakal wujud di dunia realiti ataupun sekadar watak fiksyen semata-mata?

Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video yang dilihat orang ramai kelihatan cemas dan takut apabila ternampak kelibat zombi ketika di dalam tren.

LRT di Jakarta kena ‘serang’ zombi

Banyak video yang telah dikongsikan oleh penduduk di Indonesia khususnya di ibu kota Jakarta mengenai serangan zombi di salah satu stesen LRT di sana. Betulkah di sana kena serang zombi?

Salah satu videonya telah dikongsi di laman TikTok (@aksanationofficial) yang memaparkan detik cemas penumpang yang sedang menaiki LRT.

@aksanationofficial

Siapa yg sudah bertemu zombie di LRT Jakarta #ceritajakarta #jakartacity #jakartakotaglobal #lrtjakarta #zombielrtjakarta #duniaharustaubaiknyakotakita @LRT Jakarta

♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Selain itu, turut juga dikongsikan video yang boleh dikatakan lebih menakutkan dan terlihat semua penumpang di sana berlari lintang-pungkang seperti ada sosok tubuh zombi yang sedang mengejar mereka.

Dilihat juga dalam video tersebut seorang askar disana telah menjadi mangsa oleh zombi tersebut. Seramnya!

@indozone.id

Ngeri! Viral Simulasi Dikejar Zombie Mirip Adegan di ‘Train to Busan’ Saat Naik LRT. ?: TikTok/ergifachrezi

♬ suara asli – INDOZONE – INDOZONE

Rupanya sekadar hiburan, ingatkan betul-betul!

Ingatkan betul-betul terjadi, rupa-rupanya ini hanyalah sebuah aktiviti dianjurkan oleh pihak LRT Jakarta yang dinamakan ‘Train to Apocalypse’.

Mengambil inspirasi dari filem Korea Selatan iaitu Train to Busan, pihak LRT di sana cakna untuk memberikan pengalaman kepada penumpang untuk merasai sendiri bagaimana keadaan apabila dunia ini telah diserang oleh segorombolan zombi.

Perkara tersebut telah dijelaskan oleh media di negara jiran sana mengenai aktiviti tersebut yang berlangsung dari 5 Ogos sehingga 11 September 2022.

923Ae97092

@pandorabox.id

TRAIN TO APOCALYPSE Terinspirasi dari Film Korea Selatan, Train to Busan. Wahana Kereta Zombie Pertama di Indonesia !!! Tanggal 05 Agustus – 11 September 2022. Don’t miss it.. !!! Tiket dapat dibeli di @tiketcom, atau klik link di bio @pandorabox.id #traintoapocalypse #lrtjakarta #pandorabox #traintobusan #wahanakeretazombie #wahanakeretahantu #pertamadiindonesia #zombie #zombieapocalypse #comingsoon #event #kereta #fyp #viral #jakarta #survivor

♬ original sound – Train to Apocalypse – Train to Apocalypse

Penumpang kena selesaikan puzzle selama 20 minit!

Saat menaiki LRT tersebut, para penumpang yang terlibat mempunyai misi untuk menyelamatkan diri daripada para zombi dan menuju ke zon selamat. Perjalanan tersebut bakal dipenuhi banyak rintangan dan para penumpang harus memecahkan pelbagai puzzle dalam masa 20 minit sahaja.

Raih perhatian ramai netizen termasuk rakyat Malaysia, ada yang minta buat di Kuala Lumpur!

Perkara yang unik dan menarik ini mestilah selalunya mendapat perhatian ramai orang untuk mencuba. Tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia yang seakan cemburu dengan negara jiran sana dan mencadangkan agar pihak LRT di Kuala Lumpur juga dapat menganjurkan aktiviti sebegini.

Screenshot 2022 08 10 At 4.20.20 Pm

Screenshot 2022 08 10 At 4.21.14 Pm

Screenshot 2022 08 10 At 4.23.11 Pm

Agaknya Malaysia akan buat tak aktiviti macam ni? Kalau buat min akan jadi terawal beli tiket untuk rasai sendiri pengalaman kena kejar zombi hehehe.

Baca: “Tangan zombie ke tu?”- Ramai Seram Tengok Cendawan Ini Sebab Menyerupai Jari Manusia

Screenshot 2022 08 10 At 4.30.19 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.