in

Filem Mat Kilau Cipta Sejarah, Berjaya Raih Kutipan RM97 Juta Siap Kalahkan Marvel!

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof mendedahkan bahawa filem tersebut telah pun mendapat kutipan sebanyak RM97 juta menjadikan ianya filem kutipan paling tertinggi dalam sejarah filem tempatan.


Menerusi kapsyen, Syamsul telah meluahkan rasa bangganya apabila filem epik ini berjaya mengatasi filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic Park, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/CiXn32aJDYq/

Who would have thought.Dari dulu abg yakin pelakon & director filem kita mampu pergi jauh & boleh saingi Hollywood dlm carta “All Time International Malaysia Box Office”. Kita BOLEH.”

Syamsul turut menyelitkan tangkap layar melalui posting ini menunjukkan filemnya itu berjaya mengalahkan filem Marvel.

Untuk pengetahuan korang, Avengers: Infinity War yang telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2018 telah berjaya mengutip RM71,498,800 manakala sekuelnya Endgame pula yang baru ditayangkan pada tahun lalu telah mengutip sebanyak RM87,544,600. Uish power gak Mat Kilau lawan

Manakala filem Spiderman: No Way Home yang mendapat liputan besar-besaran tahun lalu pula hanya mendapat kutipan RM64,215,370 menunjukkan tak ada satu filem pun dapat mencapai kutipan seperti filem Mat Kilau ini.

Screenshot 2022 09 13 At 12.16.27 Pm

Syamsul juga turut berterima kasih kepada pasukan produksinya atas kerja keras yang dilakukan oleh mereka bagi memastikan filem ini berjaya mendapat kejayaan ini dan sokongan-sokongan yang tak putus-putus untuk filemnya ini.

Terima kasih dari kami Team Mat Kilau & terima kasih terus menyokong karya2 abg selama ini sejak dari filem pertama. Teruslah ke pawagam nonton filem Malaysia dari semua penerbit & pengarah filem hebat yg lain ok? Support!”

Untuk pengetahuan korang, filem Mat Kilau ini masih lagi ditayangkan di pawagam dan pengarah ini berharap agar ia dapat mencapai kutipan sehingga RM100 juta.

Harapnya lagi banyak filem berkualiti yang dihasilkan oleh pengarah tempatan lepas ni dapat sambutan yang sama.

 

Baca: Selepas Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Keluarkan Filem Pasir Salak?

Syamsul Yusoff Pasir Salak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.