in

Selepas Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Keluarkan Filem Pasir Salak?

Syamsul Yusoff Pasir Salak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Syamsul Yusof dikatakan mungkin akan menggalas projek filem bertajuk Pasir Salak: King Of The River.


Projek itu merupakan sebuah naskhah peninggalan seniman Allahyarham Tan Sri Jins Samsuddin yang dirancang sejak tahun 1993, malah pengarah filem itu juga berkata, dia sudah pun berjumpa dengan keluarga Allahyarham untuk berbincang mengenai perkara itu.

1625578

Untuk pengetahuan semua, Pasir Salak merupakan kawasan tepi sungai di Perak yang terkenal dengan sejarah pahlawan Datuk Maharaja Lela menentang penjajah British pada tahun 1874.

“Kami masih dalam proses perbincangan. Saya mahu menghasilkan filem yang dipertingkatkan kualitinya dan akan mencabar kreativiti saya sebagai pengarah dan penulis,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, projek itu tergendala kerana kekurangan dana tetapi banyak kajian serta persediaan telah pun dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri  Jins Samsuddin.

“Skrip asal telah ada, barang-barang props seperti senjata dan pelan set pun dah ada. Jadi, tinggal kita nak ‘proceed’ saja,” katanya

Selain itu, pengarah yang mempunyai sentuhan magik itu juga berkata kerja-kerja perfileman lama yang tergendala sudah lebih 20 ke 30 tahun itu akan dicantikkan dan disemak semula supaya lebih ‘kena’ dengan arus terkini.

Dikatakan, anggaran bajet untuk Pasir Salak: King Of The River ini sewajarnya di dalam lingkungan RM20 juta untuk mencapai standard filem Korea.

Fuh, tak sabar! Mungkin banyak yang kita boleh pelajari dalam filem ini!

Baca: Filem Mat Kilau Kutip RM90 Juta, Penerbit Nak ‘Reward’ Kru Produksi Pergi Tunai Umrah, Tawar Biasiswa Untuk Anak Yatim

Mat Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.