Badan induk bola sepak dunia, FIFA mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kelakuan tidak senonoh penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez selepas kemenangan Piala Dunia mereka bulan lepas.
Apabila anugerah individu diserahkan selepas perlawanan akhir, Lionel Messi telah diundi sebagai pemain terbaik kejohanan, manakala pemain Perancis, Kylian Mbappé, yang menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir, memungut Kasut Emas untuk kedudukan teratas penjaring gol.
Bintang Aston Villa, Emi Martinez telah dianugerahkan Sarung Tangan Emas untuk persembahannya dalam membimbing Argentina ke menjulang trofi. Namun, Martinez mencetuskan kontroversi yang agak besar dengan sambutannya sejurus selepas itu.
Martinez semasa beliau masih di atas pentas, telah meletakkan trofi Sarung Tangan Emas di kelangkangnya, kelihatan membuat isyarat seksual yang tidak senonoh. Sesetengah orang menganggap kelakuan itu lucu dan yang lain menganggap kelakuan Martinez itu tidak senonoh dan menyinggung perasaan.
Sehubungan dengan itu, FIFA telah mengumumkan untuk membuka siasatan dan sedang meneliti insiden itu. Kenyataan badan induk bola sepak itu berbunyi: “Jawatankuasa Disiplin FIFA telah membuka prosiding terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina kerana kemungkinan pelanggaran Artikel 11 (Tingkah laku menyinggung perasaan dan pelanggaran prinsip fairplay) dan Artikel 12 (Salah laku pemain dan pegawai) Kod Tatatertib FIFA, serta Artikel 44 Peraturan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bersempena Peraturan Media dan Pemasaran untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Jika didapati bersalah, Martinez berkemungkinan berdepan dengan saman ataupun denda dari FIFA.
Untuk rekod, dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022, Argentina telah berjaya merangkul gelaran juara sekaligus merampas piala dari penyandangnya, Perancis.
Sumber: Lad Bible
Baca: Pemain Maghribi & Ibu Mereka Dapat Keraian Diraja Di Istana Atas Pencapaian Piala Dunia 2022