Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial fenomena Citayam Fashion Week yang tular di Indonesia dimana sekumpulan remaja yang menampilkan pelbagai fesyen pakaian di kawasan yang dikenali sebagai Sudirman Street.
Turut mendapat perhatian adalah rakyat Malaysia apabila video-video tersebut melewati halaman for your page di TikTok.
Banyak reaksi yang telah diberikan oleh ramai netizen mengenai perkara tersebut yang menyebabkan berlakunya perdebatan di media sosial sama ada perlu dilabelkan sebagai positif ataupun sebaliknya.
Tetapi, hari ini min nak kongsikan macam mana fenomena ini boleh berlaku sehinggakan mendapat perhatian presiden mereka di sana!
Apa itu Citayam Fashion Week?
Korang mesti pernah dengar istilah Paris Fashion Week kan dimana ramai orang akan menampilkan gaya fesyen mereka yang tersendiri di jalanan kota Paris. Trend ini tersebut juga telah dilakukan oleh sekumpulan remaja di kawasan Sudirman, Jakarta Pusat.
Mereka sebenarnya secara tidak langsung telah menyebabkan fenomena ini berlaku kerana asalnya mereka hanya berkumpul bersama kawan-kawan sambil menunjukkan gaya busananya masing-masing.
Citayam juga dicetus kerana ramai remaja yang berasal dari Citayam, Bojong Gede, Bekasi atau pinggiran Jakarta datang beramai-ramai ke kawasan bandar untuk bersosial dan berkenalan dengan kenalan baru.
Antara busana yang menarik perhatian seperti baju bersaiz oversized, kasut sneaker yang berwarna-warni dan jaket kulit.
@abdulsofiallail CITAYEM FASHION WEEK 🤘🏻🤘🏻 #fypシ #fyp #fashionweek #citayemfashionweek #FilmTeyvatIslands
Bagaimana fenomena ini tercetus?
Fenomena ini awalnya muncul ketika ada banyak video di laman TikTok yang memaparkan beberapa wawancara terhadap anak muda yang sedang melepak dan berkumpul dengan kawan-kawannya di sekitar kawasan Sudirman tersebut.
Mereka yang berasal dari pinggir bandar tersebut beramai-ramai hanya untuk sekadar bersosial dan ada juga yang mencari pasangan cinta melalui Citayam Fashion Week tersebut.
@alfataharr 3 + 1 Citayem!😎 #citayemfashionweek #jeje #anakgaul
Meskipun perkara ini berlaku dengan aman, namun ramai masyarakat yang tidak selesa dengan kehadiran ramai ke kawasan tersebut dan kadang-kadang mengganggu trafik lalu lintas lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.
@reynaldirickowijaya mungkin dia lelah😌😌#slebew #citayemfashionweek #citayem #slebewwww #jejelinces #jejeje #viral
Dapat perhatian artis dan Presiden Jokowi!
Fenomena ini juga mendapat perhatian ramai termasuklah artis dan presiden Indonesia, Joko Widodo dimana perkara ini perlu diulas mengenai kesan terhadap Citayam Fashion Week ini.
Jokowi berkata beliau menyambut kreativiti yang ditonjol oleh anak muda ini tetapi tidak seharusnya diramaikan supaya tidak mengganggu ketenteraman awam. Perkara yang positif juga perlu diambil dan disokong demi masa depan anak-anak muda di sana.
Rasanya negara Malaysia kalau buat macamni apa pula reaksi orang kita?