Umum mengetahui, keadaan cuaca kebelakangan ini sangat panas dan terik dengan suhu mencecah 38 darjah celcius.
Pelajar sekolah sudah pun diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan ketika berada di sekolah bagi mengurangkan risiko perkara tidak diingini seperti strok haba atau kelesuan.
Artikel berkaitan: Kerusi Sekolah Dalam Keadaan Buruk, Ibu Bapa ‘Chip In’ Belikan Yang Baru
Artikel berkaitan: “Kantin sekolah beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan” – Menteri Pendidikan
Pun begitu, bagi pelajar Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta Sekolah Rendah Agama (SRA) mereka masih diperlukan untuk memakai uniform khas mereka.
Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di KAFA serta SRA sudah mulai risau dengan pemakaian uniform tersebut dan meninggalkan komen merayu agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membolehkan pemakaian baju sukan.
Menurut laporan Kosmo!, JAIS mengeluarkan pekeliling bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang menyebut sekolah agama kendalian jabatan itu tidak terikat dengan peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan.
Sebagai info, negeri itu mewajibkan pemakaian uniform penuh kepada murid iaitu dengan pakaian baju Melayu, bersamping dan songkok bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang respon serta jawapan daripada JAIS.
Sumber: Facebook