in

“Exposure tak boleh buat bayar bil” – Guna Alasan ‘Exposure’ Tak Nak Bayar Artist, Penulis Ini Kena Hentam Teruk

Faizibrahim8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berniaga buat servis ini memang lah tak sama macam berniaga barang atau makanan, tapi hasilnya pasti akan nampak di depan mata.


Dari situ kena lah fikir tenaga masa, kemahiran dan bakat yang disumbangkan, kalau tak mampu bayar banyak, bayar sikit pun jadi lah, janganlah disebabkan cut cost sampai tak nak bayar.

 

Ia tidak berbayar tapi saya boleh bagi awak exposure sebab”

Faizibrahim

Ada seorang penulis ni, sedang mencari pelukis untuk berkolaborasi dengannya tapi tidak mahu memberikan sebarang bayaran, kononnya nak win-win situation,  dia boleh janjikan exposure di laman Instagram miliknya yang ada ramai followers itu.

Perkongsian tersebut dikongsikan melalui insta story tapi telah dipadam, namun berjaya menangkap perhatian netizen dan dikongsikan semula di Twitter dan meraih 2.9K retweets. Dengan caption:

“Me at TNB : Kak saya nak bayar bil guna exposere boleh?

Me at Cafe : Acik, lunch ni saya bayar guna exposure win-win situation lah okay?

Me bila bernikah : Aku terima nikahnya dengan mas kahwin exposure tunai.

Bukan marah, just please waras sikit. Bayarlah walaupun sikit sebab dorang pun makan nasi jugak, dorang pun ada commitment yang memerlukan wang. Just please have common sense.”

Rata-rata mengecam dengan kenyataan dan permintaannya yang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan dan usaha orang.

 

Exposure tak boleh buat bayar bil – Netizen

Faizibrahim2 Faizibrahim3 Faizibrahim4 Faizibrahim5 Faizibrahim6

 

Penulis mohon maaf

Disebabkan kecaman hebat yang diterima, penulis tersebut Faiz Ibrahim tampil memohon maaf atas kenyataan menerusi respon daripada tweet ini.

Dia juga meminta agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi, dan mengakui kesilapannya. Hurm, apa pun harap kepada orang diluar yang memerlukan khidmat bakat seseorang, kalau boleh beri lah bayaran.

 

Baca : Kanak-Kanak Autistik Digelar ‘Pelukis Paling Teruk’ dan ‘Tiada Potensi’ Oleh Guru, Tapi Kini…

Lukis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.