Seorang lelaki terkejut apabila bekas teman wanita dari zaman silam, kira-kira 30 tahun lepas secara tiba-tiba muncul dan ganggu dia sekeluarga.
Berdasarkan laporan China Press, lelaki berusia 48 tahun itu mengatakan bahawa bekas teman wanitanya yang kini berumur 46 tahun itu tiba-tiba datang ke rumah ibu bapanya pada Mac lepas membuat tuntutan sebanyak RM 1,500. Teman wanitanya itu mendakwa lelaki tersebut telah datang kepadanya untuk memohon lesen motosikal.
Artikel berkaitan : “Mengandungkan orang lepastu blah” – Ex-GF ‘Expose’ Perangai Penyanyi Baru?
Artikel berkaitan : Wanita Terkilan Keluarga Suami Bawa Ex-GF Datang Majlis Nikah, Siap Ajak Bergambar
Muncul lepas 30 tahun, siap lempar najis depan rumah
Bagaimanapun, lelaki tersebut menegaskan yang dia tidak pernah meminjam wang tunai daripada wanita tersebut dan menyatakan bahawa dia telah memiliki lesen motor saat mereka mula bersua dahulu.
Difahamkan, serangan tersebut tidak terhenti di situ, wanita tersebut kerap mengganggu lelaki ini sampaikan dia kongsikan gambarnya dan seluruh keluarga di atas talian dengan menggunakan kata-kata kesat. Lebih teruk lagi, dia datang ke rumah ibu bapa lelaki ini menyimbah cat dan najis!
Menurut sumber, rakaman CCTV ada menunjukkan ketika kali pertama dia melakukan serangan itu, wanita tersebut cuba memakai pakaian yang bertutup untuk menyembunyikan identitinya. Namun selepas beberapa kali, rakaman kelibat identitinya begitu jelas ketika membuat serangan menyimbah cat dan najis di mana dia hanya memakai baju jenis ‘tank top’ dan seluar.
Difahamkan, mangsa telah membuat 14 laporan polis berhubung dengan kes ini, namun suspek sedikit pun tak endah dan terus menyerang keluarganya.
Malah, walaupun kes ini dah jadi campur tangan pihak berkuasa sampaikan polis pengantara perbincangan antara lelaki itu dan bekas teman wanitanya, wanita itu masih tidak berputus asa. Bahkan sampai lelaki itu cuba mahu membayar bekas kekasihnya itu, tetapi lelaki itu mendakwa bahawa bekas teman wanitanya seolah-olah tidak mahukan wang.
“Polis masih belum membuat sebarang tangkapan malah telah meminta kami menyelesaikan perkara ini secara persendirian, dengan wang. Saya masih tidak berpuas hati dengan hal ini.”
Lebih parah lagi, bekas teman wanita itu telah meningkatkan jumlah yang didakwanya tertunggak, bermula dengan RM1,500 dinaikkan kepada RM4,000.
Justeru, lelaki itu berharap, dengan sidang media yang diadakan dengan bantuan seorang ADUN DAP, bekas teman wanitanya tidak akan menganggunya lagi.
Sumber : China Press