in

“Erti sahabat” – [VIDEO] Netizen Puji Rahim, Sama-Sama Sarung PPE Tolong Proses Kebumi Siti Sarah

Fi Rahim Tolong Shuibb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak khabar pemergiannya pada awal pagi Isnin lalu, ucapan takziah tidak henti-henti diberikan kepada keluarga penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah.


Bukan saja oleh sahabat-sahabat artis, malah peminat dan seluruh rakyat Malaysia turut sama terkesan dengan kehilangan insan hebat itu dan memberikan kata semangat buat Shuib supaya kuat dengan ujian ini.

 

Rahim turut serta tolong urusan pengebumian

Selain daripada semangat oleh ahli keluarga, sokongan daripada sahabat terdekat juga memainkan peranan supaya Shuib tetap kuat dalam tempoh terdekat ini.

Salah seorang yang menjadi perhatian ramai ialah ahli kumpulan Sepahtu sendiri, Rahim dilihat turut serta membantu menguruskan urusan pengebumian Siti Sarah.

Menerusi sebuah perkongsian oleh @shahrulazwa7, dilihat Rahim sedang menyiapkan dirinya dengan memakai sut PPE bagi menolong proses pengebumian isteri sahabatnya itu.

Disamping itu juga, Shuib kelihatan hanya duduk sendirian sebelum didatangi oleh Rahim. Video tersebut telah meraih lebih dari 2 juta tontonan di TikTok.

@shahrulazwa7

Respect giler kat bro rahimsepahtu ni,sama2 memakai PPE urus jenazah isteri sahabat baik,#respect #fyp

♬ original sound – ❤️????? #?????769 ❤️ – ❤️????? #?????769 ❤️

 

Kirim kata semangat

Di laman Instagramnya, penyampai radio Sinar FM itu juga ada menyampaikan kata-kata semangat kepada rakannya dan meminta Shuib untuk terus tabah menempuh ujian kehilangan insan yang tersayang.

 

“Rahim dah anggap Shuib tuh mcm adik dia”

Meninjau ke ruangan komen, tindakan Rahim ini nyata menyentuh perasaan netizen. Ada yang menyifatkan pelawak itu sangat mengambil berat kepada Shuib macam adik sendiri. Selain itu, ada juga menyifatkan mereka berdua ni adalah contoh bestfriend yang sebenarnya.

Reak Rahim Tolon Shuib 3 Edit Reak Rahim Tolong Shuib 1 Edit Reak Rahim Tolong Shuib 2 Edit

Sebagai tambahan, Allahyarhamah Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital lebih kurang seminggu lalu. Namun beberapa hari kemudian, dia terpaksa dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang kurang stabil. Lalu, dia perlu melalui pembedahan bagi melahirkan bayi di dalam kandungannya.

Hasil perkongsian hidup Shuib dan Siti Sarah, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

 

Baca : “Ibu bukan daddy punya” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Momen Shuib Bagitahu Anak-Anak Ibu ‘Dah Tak Balik’

Fi Anak Shuib Nangis

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.