in

“Episod ke berapa ni?” – Polis Buru Sajat Untuk Bantu Kes Tukar Maklumat Kad Pengenalan

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang sedia maklum, usahawan kosmetik Nur Sajat telah pun menghilangkan diri dan didakwa sedang bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Syariah Shah Alam.


Kali ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan sedang memburu Sajat bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Sajat yang merupakan salah seorang saksi bagi kes tersebut dikehendaki hadir ke prosiding perbicaraan kes di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai nanti, lapor Harian Metro.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit.”

Sejak diburu, Sajat dikatakan telah pun melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan menurut segelintir netizen dia kini sedang tinggal di salah sebuah resort mewah di sana selepas melihat beberapa posting terbaru Sajat di Instagram peribadinya.

Pun begitu, keberadaan Sajat sehingga kini masih lagi belum dikesan oleh pihak berkuasa.

Selain Sajat, pihak polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penipuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

Suspek, Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di No 18 Jalan 5, Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong, Selangor, didapati tidak hadir pada prosiding perbicaraan kes itu di mahkamah hari ini.”

Pihak Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya meminta kedua-dua individu ini atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

 

Baca: Netizen Akhirnya Berjaya Bongkar ‘Lokasi’ Sajat, Rupa-rupanya Ada ‘Hint’ Dari Gambar IG!

Screenshot 2021 06 14 At 1.01.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.