in

Empat Pelajar UPNM dan Maktab Tentera Diraja Berjaya Diterima Masuk Dalam Akademi Tentera Amerika Syarikat

A1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali lagi nama Malaysia diharumkan oleh anak muda kita!


Empat pelajar cemerlang Maktab Tentera Diraja (RMC) dan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) telah mendapat kemasukan ke akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat, lapor Free Malaysia Today.

Tiga pelajar, Muhammad Salihin Mohd Sabri, Sayniish Pillay Muniandy dan Wan Kamal Fitri Wan Kamal adalah lepasan dari UPNM manakala seorang lagi, Ahmad Yusuf Ahmad Azani pula dari RMC.

Kadet2
sumber: free malaysia today

Keempat-empat mereka telah menerima surat penerimaan daripada kakitangan tentera Amerika Syarikat dalam satu majlis di kedutaan Amerika Syarikat, kelmarin (15 Jun).

Menurut Kedutaan Amerika Syarikat, sangat jarang berlaku bahawa empat kadet Malaysia dipilih untuk menghadiri akademi tentera Amerika Syarikat dalam satu tahun.

Sejak 20 tahun yang lalu, hanya 23 kadet Malaysia telah diterima masuk ke Akademi Tentera Amerika Syarikat. Mereka berempat mempunyai peluang yang baik untuk cemerlang dalam kerjaya mereka.”

Kadet1
sumber: free malaysia today

Selain merapatkan hubungan antara dua negara, kemasukan kadet ke dalam akademi Amerika akan menjadi satu peluang bagi mereka untuk belajar lebih lanjut mengenai kehidupan tentera Amerika.

Sayniish dan Wan Kamal dilaporkan akan memasuki Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point (USMA) di New York manakala Salihin pula telah diterima masuk ke Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) di Colorado Springs dan Yusuf akan memasuki Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) di Annapolis, Maryland.

Yusuf, 19, yang menjadi satu-satunya tentera laut di antara mereka berkata, perbezaan persekitaran dan budaya tidak akan menjadi penghalang untuknya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Kadet
sumber: the star

Kesemua mereka akan menjalani program ijazah selama empat tahun di akademi masing-masing. Setiap tahun akademi tentera Amerika Syarikat menerima lebih kurang 17,000 permohonan dari seluruh dunia tetapi hanya 10% daripada jumlah itu berjaya diterima masuk.

Jadi, syabas untuk mereka berempat! Berikan sokongan agar mereka lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Tahniah!

Baca: Remaja Harumkan Nama Malaysia Selepas Terima Tawaran Kesemua 8 Institut Terbaik Amerika Syarikat

Remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.