in

“Emosi tak stabil” – [VIDEO] GF Mengaku Silap Muat Naik Video Pelakon Bercumbu Dalam Kelab Malam

Ft Ghairah Bercumbu

Semalam tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang pelakon lelaki yang dipercayai Ameerul Asyraf didakwa sedang ghairah bercumbu bersama seorang wanita yang tidak dikenali di dalam sebuah kelab malam.

Namun hari ini, teman wanita Ameerul Aysraf yang dikenali sebagai Eyra Zirah mengaku silap apabila bertindak memuat naik video yang sedang hangat diperkatakan oleh warganet.

Eyra, 23, berkata, tindakannya yang terlalu mengikutkan emosi setelah berasa bengang dan marah apabila menerima video tersebut daripada seorang individu yang tidak dikenali melalui Telegram.

Ghairah bercumbu di kelab malam

https://www.tiktok.com/@zirah370/video/7197354184365198619

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.2 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 20K jumlah likes dalam masa dua hari.

Tambah Eyra, tanpa bertanya kepada Ameerul dia terus bertindak memuat naik video berkenaan di TikTok tanpa menyangka ia akan tular dalam jangka masa yang pendek.

“Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa. Kitakan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil,” katanya.

Emosi tak stabil dan perlukan masa untuk bertenang

Eyra berkata, selepas dia memuat naik video berkenaan dia terus menyekatnya di Whatsapp. Oleh itu, Ameerul terus bertindak menghubungi keluarga Eyra namun, dia tidak melayan kerana perlukan masa untuk bertenang.

Screenshot 2023 02 10 114249

Setelah Eyra mengaku kesilapannya, dia memberitahu dia akan memadam video tersebut daripada akaun media sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.

Sehubungan itu, Eyra juga enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan penjelasan perkara itu kepada pelakon drama Leftenan Zana itu.

Terdahulu, Ameerul mengakui lelaki di dalam video berkenaan adalah dirinya namun menjelaskan video tersebut merupakan video lama iaitu sekitar tahun 2019.

Sumber: mStar, TikTok

Hmm.. Apa pendapat korang pasal isu ni?

Baca : “Mengata anak orang memang seronok” – Ibu Ismail Izzani Tampil Jawab Komen Kecaman Netizen

Mak Ismail Jawab Kecaman Netizen 561X295 1

Sumber: mStar