“Emak bagi RM3, lepas itu dia halau saya dari rumah…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Gempar di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah apabila seorang kanak-kanak mendakwa telah dihalau oleh ibunya, 14 Mei lalu.

Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dijumpai oleh orang ramai kira-kira jam 11 pagi bersama sebuah beg sandang berwarna biru sebelum membawanya ke sebuah gerai.

Apabila ditanya, kanak-kanak itu menjawab,

Emak bagi RM3, lepas itu dia halau saya dari rumah dan suruh balik pada ayah di Kelantan.”

Sebelum dihalau dari rumah ibunya di Kampung Sungai Pasir, dia mendakwa wanita itu telah memarahinya. Dia kemudian beredar dengan membawa beg pakaian kerana takut dipukul jika ingkar dengan arahan ibunya.

Kanak-kanak itu kemudian menuju ke arah jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir. Dia merayau-rayau di kawasan itu kerana tidak tahu mahu kemana dan tidak tahu bagaimana mahu pergi ke Kelantan untuk pulang bertemu ayahnya.

Difahamkan, dia tinggal bersama neneknya di Jeli, Kelantan sebelum ibunya mengambilnya semula dari jagaan warga emas itu sejak Disember tahun lalu.

Apa yang mengejutkan orang ramai, kanak-kanak itu memberitahu bahawa hari itu bukanlah kali pertama dia dipukul ibunya.

Sebelum ini, saya pernah dipukul ibu biarpun salah yang dilakukan hanya sedikit. Malah saya juga tidak dibenarkan ke sekolah sejak awal tahun ini.”

Sumber: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa, selepas diserahkan kepada pihak polis, ibunya terus dihubungi sebelum wanita berkenaan tiba untuk menjemput anaknya itu pulang ke rumah.

Pihak polis turut menyedari kesan luka dan parut pada badan kanak-kanak itu namun apabila ditanya, ibunya memberitahu bahawa dia memukul anaknya kerana kesalahan yang dilakukan.

Kanak-kanak itu telah didaftarkan ke sekolah seperti kanak-kanak lain, namun dia sering menimbulkan masalah dengan terlibat dalam kes mencuri dan pergaduhan,”

– Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa

Disebabkan itu, dia sering memarahi dan memukul anaknya atas tujuan mendidik, bahkan tiada kecederaan serius dikesan pada kanak-kanak itu semasa pemeriksaan perubatan dijalankan.

Kanak-kanak itu dilaporkan akan diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!