in

“Eloklah open house tak ada” – [Video] Ini ‘Experiment’ Bagaimana Covid-19 Boleh Tersebar Waktu Jamuan Makan

Untitled Design 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kita hampir tiba dengan raya, pelbagai berita yang kita dengar tambah-tambah lagi bab open house.

Semalam, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, mengumumkan rumah terbuka dilarang pada Syawal tahun ini.


Seperti yang kita tahu, hal ini kerana penularan wabak Covid-19. Sebenarnya ada baiknya jika kita patuh pada arahan ini.

Baru-baru ini menerusi Twitter Johnny_suputama, dia ada memuat naik satu video experiment bagaimana Covid-19 boleh tersebar waktu jamuan makan.

Experiment ini dikendali oleh NHK bersama beberapa orang pakar saintis.

Difahamkan, mereka menggunakan 10 orang peserta dan salah satu dari mereka telah dijangkiti Covid-19, lapor NHK.

Untuk menunjukkan penyebaran virus ini, mereka menggunakan satu cecair kimia yang dapat dilihat melalui lampu biru jika dipancarkan.

Experiment2 1

 

Alahh lampu yang kita pakai kalau nak tengok tangan bersih ke tak tu.

Selepas dibiarkan mereka bebas seperti biasa selama 30 minit, kesemua peserta kelihatan seperti sudah terkena pada virus ini.

Profesor Hiroyuki Kunishima seorang saintis dari Universiti Marianna berpendapat jika kawasan itu terdapat banyak orang, possibility untuk terkena pada jangkitan Covid -19 sangatlah tinggi.

Min harap perkongsian video ini dapat memberi kesedaran pada kita, betapa senangnya virus ini terkena pada orang lain.

 

Baca: [TERKINI] Ziarah Hari Raya Hanya Boleh Dilakukan Pada RAYA PERTAMA Sahaja & Terhad Kepada Ahli Keluarga – Ismail Sabri

Annotation 2020 05 14 165827

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.