in

“Ekonomi dalam defisit kalau GST dihapuskan” – Najib

Gst Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir setiap hari orang ramai merungut kalau sebut pasal GST. Yelah, mana tidaknya. Harga barang tiba-tiba naik dan rakyat terpaksa membelanjakan lebih wang untuk tampung kehidupan seharian. Sudahlah ekonomi pun tak berapa nak baik kan?


Namun menjelang PRU14 tak lama lagi, ada di kalangan ahli politik telah menabur janji untuk memansuhkan GST. Pun begitu, Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan tindakan ini sebagai tidak realistik dan bakal memberi kesan buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara defisit, lapor The Star.

Malaysia Will Become Deficit Without Gst Najib
sumber: malaysia post

“Wang ini digunakan untuk memberi subsidi dalam bidang pendidikan, kesihatan dan elaun untuk nelayan dan petani. 

“Kalau pembangkang mahu mansuhkan GST dan gantikannya dengan SST (Sales and Service Tax), negara kita berkemungkinan akan menjadi negara defisit seperti Greece dan Itali,” kata Perdana Menteri.

Pemansuhan GST ini adalah antara 10 janji daripada Pakatan Harapan dan manifesto PRU 14 yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pihak pembangkang memenangi pilihan raya kali ini.

Antara perkara yang termaktub di dalam manifesto itu termasuklah mensasarkan subsidi petrol, menghapuskan hutang peneroka FELDA, membolehkan suri rumah menyumbang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menyelaras upah minimum pekerja.

Image 4
sumber: utusan online

Walau bagaimanapun, menurut PM Najib, manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya kali ini akan lebih menjurus kepada pelaburan masa depan Malaysia dan mementingkan golongan muda sebagai aset yang bakal membawa pulangan untuk masa depan negara.

Tambah Najib lagi, kadar GST Malaysia juga antara yang terendah di dunia dengan 6% kalau nak dibandingkan dengan 164 negara lain yang turut melaksanakan GST.

Kempen nak hapuskan GST tu senang, tapi nak terang teori itu.. tiada,” kata Najib lagi di Malaysiakini.

Korang rasa macam mana? Setuju ke tidak dengan Perdana Menteri kita ni? 

Baca: “Kesian rakyat mampu tengok gambar je” – PM Najib Muat Naik Gambar Makan Ketam, Terima Pelbagai Reaksi

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.