Macam-macam betullah orang zaman sekarang ni! Cepat sangat naik anginnya.
Gara-gara bengang ditegur makcik guard sebab letak kereta di parkir teksi, seorang lelaki katanya telah memaki hamun dan melanggar pengawal keselamatan tersebut ketika mengundur keretanya, lapor Harian Metro. Apa citer ni bro??
Video langgar makcik guard viral, pemandu berang sebab kena tegur
Dalam kejadian yang berlaku di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, pemandu Proton Saga tu katanya telah meletakkan kereta di parkir teksi sebelum perbuatannya tu ditegur oleh seorang pengawal keselamatan wanita.
Ingatkan suspek dah okey apabila dia beredar, namun tak disangka-sangka lelaki terbabit datang kembali kira-kira 20 minit kemudian dan meletak semula kenderaan tersebut di parkir teksi.
“Pengawal keselamatan itu sekali lagi menegur perbuatan suspek hingga berlaku pertengkaran antara mereka berdua.
“Ketika bertengkar itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan berkenaan dan dia kemudian mengundurkan keretanya secara tergesa-gesa sehingga terkena kaki mangsa,” kata pihak polis.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1158403744767152128
Walau bagaimanapun, suspek tersebut katanya telah menyerah diri pada jam 11 malam semalam dan hasil keterangan yang diambil, suspek mendakwa yang dia terpaksa letak kereta tersebut di kawasan itu kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk rawatan di hospital terbabit. Alahai…
“Sorry to say, inilah realiti kerja sebagai security. Seolah-olah kerjaya ni hina sangat di mata masyarakat”
Video tular ini mendapat respon netizen ramai yang bersimpati dengan nasib pengawal keselamatan wanita itu. Apapun alasan lelaki tersebut dia tidak berhak berbuat demikian dan ramai di kalangan netizen mengeji perbuatannya.
“Pakai saga je pon berlagak macam pakai Porshe”
Kalau ye pun ada masalah, cakaplah elok-elok dan bawa berbincang. Bukannya maki hamun dan marah security di situ. Budi bahasa budaya kita kan korang?
Baca: “Si Perakam Tu Yang Bodoh” – Viral Pak Haji Gaduh Dalam Masjid Tapi Perakam Kena Kecam Sebab…