Siapa je yang tak kenal dengan nama Ustaz Ebit Lew ini bukan? Beliau bukan sahaja seorang pendakwah bebas malahan seorang usahawan dan dermawan yang sangat terkenal gara-gara usaha murninya yang sering tak putus-putus memberikan sumbangan buat golongan yang kurang bernasib baik.
Sebut sahaja ‘bencana’ apa yang menimpa rakyat, Ebit Lew merupakan antara orang yang terawal datang menghulurkan bantuan sama ada wang ringgit atau pun dalam bentuk barangan.
Tular di media sosial – #EbitLewForPM
Rentetan usaha murninya dalam membantu rakyat yang terjejas terutama semasa musim Covid-19 ini, kini nama Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menjadi bualan hangat netizen di media sosial dengan tanda pagar #EbitLewForPM.
Rata-rata netizen bersetuju untuk mengadakan ‘petisyen’ bagi menyeru Ebit Lew supaya melibatkan diri dalam bidang politik disebabkan usaha murninya yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.
“Politik bukan bidang saya” – Ebit Lew
Memetik laporan Kosmo!, meskipun namanya kini tular di media sosial di mana rata-rata netizen memberi galakan dan sokongan padu untuknya melibatkan diri dalam bidang politik, namun dia tidak berminat dengan bidang tersebut. Dia turut menganggap dirinya tidak mahir dan tidak sesuai untuk menguruskan urusan politik negara.
Politik memang bukan bidang saya. Saya memang bukan orangnya dan terus terang, saya tidak pandai dan mengerti soal politik.
Insya-Allah akan terus begini sampai bila-bila
Menurutnya, dia lebih berminat dengan kerja-kerja yang melibatkan urusan dakwah dan kebajikan buat masa sekarang dan ingin meneruskan niat untuk berbakti kepada masyarakat jika diizinkan Allah.
Insya-Allah saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini.
Berdoa dimurahkan rezeki, bantu lebih ramai
Tambahnya, dia sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan rezeki supaya dapat memberi lebih banyak bantuan kepada orang ramai sehingga tiada apa pun yang ‘tercicir’.
Sekarang, saya kecewakan ramai orang. Ada yang marah saya dalam media sosial tetapi saya tak kecil hati langsung.
Menurutnya lagi, dia telah pun menyekat akaun pengguna media (haters) gara-gara takut individu tersebut bakal dikecam oleh pengikutnya yang lain di media sosial.
Saya tak sampai hati mereka kena marah dengan ‘followers’, jadi saya block tetapi mereka masih boleh tengok posting saya dalam Instagram.
Tambahnya lagi, dia sedar bahawa ramai individu yang kurang berkemampuan berasa terdesak dan sangat memerlukan bantuan ketika musim pandemik Covid-19 ini.
Disebabkan itu mereka berasa kecewa dan tidak tahu untuk menyelesaikan masalah itu sehingga bertindak melemparkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Min respek dengan Ebit Lew ni. Bukan setakat rakyat je, haiwan pun dia bantu.
Baca: Dakwa Ebit Lew Pilih Kasih, Lelaki Ini Berang Tidak Pernah Dibantu Meskipun 4 Tahun Menganggur