Semenjak dunia diserang pandemik COVID-19, bumi dikatakan hampir pulih daripada pencemaran udara, air, dan alam sekitar. Salah satu contoh ketara adalah sungai di Melaka, ramai yang nampak perubahan yang berlaku.
Tapi sayang, sikap menjaga alam sekitar ini hanya sementara. Dilaporkan, sebuah resort di pantai terkenal Acapulco, Mexico telah membuang sisa kumbahan terus masuk ke dalam laut.
Menerusi intagram Savethereef, mereka telah kongsikan video ini di media sosial. Ketika artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih daripada 7 Juta tontonan.
Video ini telah diambil oleh seseorang yang berada di tempat tinggi seperti di balkoni sebuah hotel. Bukan itu sahaja, netizen yang melihat komen ini turut rasa geram dengan tindakan resort tersebut.
Menerusi CNA, pihak berkuasa sudah membuat siasatan dan mendapati, kejadian ini berlaku disebabkan saluran yang membawa sisa kumbahan itu pecah.
Ketika media menemubual saksi, ada yang mengatakan air tersebut mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Air itu sangat busuk buat saya rasa mual.”
Walau bagaimanapun, pihak pegawai di negara tersebut telah menyatakan yang mereka akan membuat pembersihan pada laut yang tercemar itu.
Baca: “Cantiknyaa!” – Keadaan Sungai Rambai, Melaka yang Jernih Tanpa Pencemaran