in

Dulu Hidup Melarat, Kini Ibu Anak 8 Jadi Penjual Nasi Lemak Berjaya Lepas Dibantu Uncle Kentang

Bantu Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa dapat menyangka dahulunya ibu anak lapan ini pernah menempuh kehidupan yang sukar termasuklah menghadapi beban hutang yang melambak. Namun berkat usaha dan bantuan daripada seorang aktivis terkenal iaitu Uncle Kentang, hidupnya kini berubah 100%. 


Menurut perkongsian Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng di Facebook, wanita ini kini sudah mampu beli barangan secara cash dan belanja Kuan makan nasi lemak lagi!

 

“Daripada tak ada duit buka puasa, tunggu sembahyang terawih baru ada makan di surau… kini sudah sukses” 

Menurut Kuan, asalnya kehidupan ibu beranak lapan ini teramat susah sehinggakan mereka tiada wang untuk membeli makanan buat buka puasa. Lebih menyedihkan kata Kuan, letrik dan air rumah keluarga ini juga dipotong kerana tidak membayar bil.

Namun berkat bantuannya dengan memberi wang untuk membuka gerai nasi lemak serta membelikan wanita tersebut sebuah Proton Wira terpakai untuk memudahkan pengangkutan, hidup Mareeya berubah dengan sekelip mata, kata Kuan kepada Projek MM.

Berikut selebihnya yang dikongsikan Kuan Chee Heng di Facebook.

Kuan 1

69405936 2800355329976218 2973592123162492928 N
sumber: facebook

 

“Bangga dengan Uncle Kentang” – Netizen 

Rata-rata netizen yang membaca posting itu berasa sangat terharu dengan tindakan mulia insan yang dikenali sebagai Uncle Kentang ini.

Dia membantu sesiapa saja yang memerlukan tanpa meminta sebarang balasan dan membeza-bezakan warna kulit. Inilah semangat bangsa Malaysia yang sebenar! 

Salute
sumber: facebook

Bagi yang tertanya-tanya di mana Mareeya berniaga nasi lemaknya, wanita ini telah membuka gerai di stesen minyak Shell dekat lebuh raya South Klang Valley Expressway (SKVE) menghala ke Serdang sejak 4 tahun lepas.

Semoga terus sukses! 

Baca: Aktivis Sediakan Rumah RM1 Sehari Untuk Ahli Keluarga Yang Sakit dan Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.