Aktivis Sediakan Rumah RM1 Sehari Untuk Ahli Keluarga Yang Sakit dan Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebut sahaja nama Kuan Chee Heng, pasti ramai di kalangan kita mengenalinya oleh kerana budi baik dan jasanya dalam membantu orang ramai yang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.

Hampir setiap hari pasti ada saja bakti yang dia lakukan untuk mereka yang memerlukan.

Dan hari ini, Kuan telah merasmikan dua buah rumah penginapan di Taman Puchong Utama yang bakal menjadi tempat tinggal bagi golongan yang memerlukan ketika mendapatkan rawatan di hospital, lapor Malaysiakini.

Sumber: BH

Mungkin ia kedengaran tidak logik. Namun penginapan tersebut hanya menawarkan RM1 semalamMurahnyaaa!

Sumber: BH
Sumber: Facebook

Dengan 10 sen pula, golongan yang memerlukan ini boleh menaiki kereta atau van untuk ke hospital sama ada untuk mendapatkan rawatan atau melawat saudara di hospital.

Terkenal dengan nama jolokan “kentang”, Kuan tidak mengehadkan tempoh untuk mereka ini tinggal di rumah tersebut selagi pesakit masih berada di hospital. Menurutnya, mereka hanya perlu membawa pakaian sahaja kerana kemudahan lain termasuklah telekung dan sejadah untuk keluarga beragama Islam sudah disediakan.

Rumah ini juga menurut Kuan terbuka buat sesiapa yang memerlukan tempat tinggal sementara, seperti mangsa keganasan rumah tangga.

Sumber: BH

Baiknya hati Uncle Kuan!

Sungguhpun hari ini merupakan hari perasmian bagi dua rumah tersebut, sudah ada keluarga yang merupakan mangsa kebakaran menempatinya. Keesokannya pula, akan ada sebuah keluarga dari Kedah yang bakal menginap di situ kerana ingin menghantar anak mereka mendaftar di universiti berhampiran, lapor Berita Harian.

Sumber: Facebook

Setiap rumah berkenaan disewa dengan harga RM1,100 sebulan dan kos penyelenggaraannya dijangka bernilai RM4,500 sebulan.

Bagi mereka yang ingin menginap di rumah tersebut, anda bolehlah menghubungi Kuan Chee Heng di laman Facebook atau di talian 012-2732148.

Teruslah sebarkan kebaikan. Semoga saudara Kuan Chee Heng diberikan kemudahan dan kemurahan hati untuk melakukan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. 

Baca: Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!