in

“Dulu ceramah air kosong je sekarang…” – Dihidang McD Ketika Ceramah, PU Amin Kongsi ‘Revolusi’ Penceramah Agama

pua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak kenal dengan PU Amin, seorang agamawan muda yang berani dan lantang bersuara mengenai apa sahaja isu yang membabitkan agama Islam.

Hanya dikenali dengan sikap tegas, korang tidak tahu sebenarnya PU Amin ni pandai berjenaka…


Bercerita mengenai revolusi agamawan sebagai penceramah, PU Amin sempat berkongsi sisi humor bersama pengikutnya di laman Facebook.

Kongsinya ketika awal pembabitannya sebagai penceramah agama, PU Amin berkata sebelum ini dia tidak pernah dihidang apa-apa makanan melainkan air kosong sahaja di atas meja ketika berceramah.

Bagaimanapun kali ini katanya ia sesuatu yang mengejutkan apabila dihidangkan dengan satu kotak makanan segera daripada McDonalds dan air mangga.

What? Seriously? McD? Jom kita baca apa kata PU Amin.

“Dulu kalau ceramah sekadar air kosong sahaja . Tapi zaman sekarang Mekdi , air mangga pun ada atas meja penceramah. Tak fokus penceramah”

“Agak agak dalam tu ada double cheese burger ke? Allahu .. fokus sambung ceramah balik.”

PU Amin kini berkhidmat sebagai penceramah Jabatan Agama Islam Selangor dan merupakan finalis bagi program Pencetus Ummah.

Baca: “Saya mungkin tak kaya macam Dato…” – PU Amin ‘Tegur’ Video Gelek Aliff Syukri dan Sajat

Screen Shot 2019 08 31 at 11.05.37 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.