in

“Duit kau ada, aku ada Allah” – Bakal Disaman Ojen Aiwah, Tareq Fit Tidak Gentar

ojen nak saman tareq fit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah memaklumkan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit atas dakwaan fitnah.

Menurut Ojen, Tareq telah mengkritik produk jualannya iaitu Kunafa Aiwahhh dengan mengatakan usahawan ini menggunakan coklat dan topping murah untuk dessert yang dijualnya dan ia juga tidak berkhasiat untuk dimakan.


 

View on Threads

 

Ojen diam tak bermaksud kau boleh pijak aku hari-hari. Atas tiket teguran sampai orang caci maki aku dan keluarga aku. 

“Semenjak dari tahun lepas lagi Ojen dan pihak lawyer diam sebab kita nak kumpulkan segala bukti. Aku bukan saman dia sebab isu personal. Aku saman dia sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. 

“Sebabkan dia tegur akulah, aku berubah sikit-sikit pakai cap. Ingat aku robot ke? From so called ‘teguran’ berubah menjadi defamation. Siap kecam Kunafa Aiwahhh kata kunafa mengarut. Sabar jap,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Ustaz ni sempurna sangat ke?” -Fasha Sandha Tempelak Tareq Fit, Dakwa Teguran Seolah-olah Aibkan Artis

Artikel berkaitan: “Walaupun bertudung haram tetap haram” – Tareq Fit Perjelas Kenapa Jana Duit Buat Konsert Haram

“Nak saman silakan” – Tareq Fit 

Susulan kenyataan tersebut, Tareq dalam hantaran di Threads menyatakan bahawa dia tidak gentar dengan saman yang bakal diambil pihak Ojen.

Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan. SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah,” tulisnya.

 

View on Threads

 

Menurut Tareq, tujuan dia memberikan teguran adalah kerana mahu mengingatkan masyarakat untuk kurangkan makanan yang tidak baik untuk kesihatan.

Malah dia juga mengatakan yang dia tidak bermusuh dengan Ojen mahupun jenamanya dan hanya mahu mendidik masyarakat untuk menjadi sihat.

Sumber: Threads (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.