Mengejutkan! Awal pagi ini, beberapa tempat di Melaka telah dilanda ribut teruk sehingga mengakibatkan beberapa infrastruktur di negeri tersebut rosak dan pelajar sekolah cedera berikutan ribut tersebut.
Menurut The Star, hujan lebat katanya mula turun sekitar jam 9 pagi tadi diikuti dengan angin kuat yang mula menerbangkan bumbung dan menumbangkan beberapa buah pokok di tepi jalan.
Menerusi perkongsian video daripada seorang netizen di Twitter, ribut dilihat mengganas di kawasan sekitar Malim dan Cheng apabila banyak pokok dan traffic light juga dikatakan tumbang akibat angin kuat tersebut. Adui ngerinyaaa!
https://twitter.com/BukanWanted/status/1293032771951067137
Lebih menakutkan lagi, beberapa kereta juga katanya rosak selepas bumbung sebuah sekolah rendah tercabut dan mencederakan beberapa orang pelajar.
https://twitter.com/BukanWanted/status/1293052009797443584
MP Kesidang, Allex Seah Shoo Chin menggambarkan insiden ini sebagai sangat menyedihkan.
Balai Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah menghantar wakil untuk meninjau kerosakan yang berlaku.
Banyak betul bencana yang berlaku di sana sini ye. Semoga rakyat Melaka bertabah!
Baca: Bencana 2020 : Lebih 1,000 Tan Minyak Tumpah & Ancam Ribuan Spesis Hidupan Laut Di Mauritius