in

Bencana 2020 : Lebih 1,000 Tan Minyak Tumpah & Ancam Ribuan Spesis Hidupan Laut Di Mauritius

Featured 8

Mauritius baru-baru ini mengisytiharkan darurat alam sekitar berikutan tumpahan minyak tanpa henti dari kapal kargo di perairan negara itu.

“Darurat alam sekitar sudah diisytiharkan,” kata Perdana Menteri Pravind Jugnauth di laman twitter miliknya

Dilaporkan kapal tangki milik syarikat Jepun yang membawa 3,800 tan minyak itu melanggar terumbu karang di Pointe d’Esny, kawasan pemuliharaan yang disenaraikan di peringkat antarabangsa.

Malah dilaporkan akibat daripada insiden buruk itu, penduduk berganding bahu membuat pelampung dari jerami, ada juga yang dikatakan dibuat daripada rambut.

Lebih menyedihkan, mereka turut menemui ikan-ikan dan hidupan laut lain yang mati disaluti minyak.

Memetik Berita Harian, keadaan laut yang bergelora telah menyukarkan usaha untuk menghentikan kebocoran minyak dari kapal tangki tersebut.

 

Baca : Dunia makin tenat; Baru Januari 2020, Tapi Netizen Risau Sudah 7 Bencana Alam Berlaku Pada Awal Tahun Ni!

Baca 6