Sejak akhir tahun lepas, negara China mula menjadi tumpuan dunia selepas negara itu dilanda wabak maut Covid-19.
Namun ia tidak terhenti setakat itu sahaja.
Bermula dengan penularan wabak Covid-19 kemudian disusuli dengan kebakaran hutan di Sichuan,
Terbaru Bandar Baicheng di Jilin, China pula di hentam ribut pasir yang dahsyat, lapor Mstar.
Video korang boleh tengok kat sini.
Apa yang menakutkan, ribut pasir itu berketinggian 500 meter disertai dengan angin kencang berkelajuan 39 hingga 46 kilometer sejam.
Malah dikatakan ia mampu menutup seluruh bandar tersebut.
Fenomena ini digelar sebagai ribut hitam oleh masyarakat tempatan dan perkara ini membuatkan mereka terpaksa mengurung diri dalam kediaman masing-masing.
Seramkan, semoga malaysia dijauhkan dari bencana alam, amin…