in

“Allah balas cash” – Lepas 2, 3 Hari Musnahkan Hospital Sementara Palestin, Menteri & Penasihat PM Israel Disahkan Positif Covid-19

Feature

Beberapa hari yang lepas, rejim Israel telah melakukan kekejaman terhadap Palestin apabila mereka bertindak memusnahkan klinik dan hospital sementara yang dibina khas untuk pesakit Palestin yang dijangkiti Covid-19. Klinik yang dimusnahkan itu masih dalam pembinaan dan tentera Israel juga turut menceroboh sebuah kampung serta merampas bahan binaan seperti tiang khemah dan batu bata.

Israel6

Hanya beberapa hari selepas mereka melakukan kekejaman terhadap Palestin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan terpaksa dikuarantin selepas penasihatnya telah disahkan positif Covid-19,  Bagaimanapun, selepas pemeriksaan beliau disahkan tidak dijangkiti virus itu.

Selain itu, Menteri Kesihatan Israel turut disahkan positif semalam, lapor Al Jazeera. Yaakov Litzman dan isterinya yang turut dijangkiti kini sedang menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan baik.

Israel5

Disebabkan itu, Netanyahu sekali dalam pemerhatian dan dikuarantin kerana mempunyai kontak dengan Litzman. Semua pegawai atasan juga terpaksa menjalani pemeriksaan dan kini sedang dikuarantin.

Israel4

Baca: “Biadap tak boleh bawak bincang” – Musnahkan Klinik Sementara Pesakit Covid-19 Milik Palestin, Rejim Israel Cari Pasal Lagi

Feature 4 26

Sumber: Twitter
Sumber: Al Jazeera
Sumber: Malay Mail