Semua hubungan pasti ada masa turun naiknya. Bagi pasangan suami isteri pula, bergaduh tu dah menjadi sebahagian dalam hidup berumah tangga namun kalau sampai dah tak ada jalan penyelesaian, ramai yang mengambil jalan untuk berpisah.
Tapi bagi lelaki warganegara Albania ini lain pula ceritanya! Dia sanggup pergi ke balai polis dan meminta untuk diletakkan dalam penjara kerana merasakan hidup dalam penjara lebih mudah dari tinggal bersama isterinya. Amboi sampai macam tu sekali.
Untuk pengetahuan korang, lelaki ni sebenarnya telah dijatuhkan hukuman penjara di rumah kerana terlibat dalam jenayah dadah sejak beberapa bulan lalu dan hukumannya masih ada baki beberapa tahun, lapor Wionews.
Namun, terpaksa duduk di rumah bersama isteri dan keluarganya tak lah semudah yang disangka. Lelaki ini dikatakan dah tak tahan dengan kehidupannya di rumah.
Dengar sini, kehidupan rumah tangga saya dan jadi macam neraka. Saya dah tak tahan, saya nak masuk penjara.”
Terdesak, lelaki ini telah melarikan diri dari rumahnya sekaligus melanggar perintah tahanan di rumahnya untuk pergi ke balai polis dan meminta untuk habiskan hukumannya di penjara.
Nasib berpihak kepadanya, permintaan lelaki ini telah dimakbulkan oleh mahkamah kerana dia telah melanggar peraturan perintah tahanan di rumah dan dimasukkan ke dalam penjara.
Boleh faham jugalah perasaan dia, nak keluar lepaskan stress pun tak boleh. Korang rasa apa sebab lelaki ni tak tahan dengan isteri dia?
Baca: Isteri Pelik Suami Hilang Di Rumah, Rupa-Rupanya Sedang Menangis Tonton Boruto