in

Dua Pemandu Berlumba Ketika Jalan Licin Rempuh Kereta Dinaiki 8 Sekeluarga di Lebuhraya Karak

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Pemandu Berlumba Ketika Jalan Licin Rempuh Kereta Dinaiki 8 Sekeluarga di Lebuhraya Karak
Loading
/

Berlumba sememangnya membahayakan keselamatan pemandu serta penumpang tetapi dua pemandu baru-baru ini telah berlumba ketika jalan raya licin dan menyebabkan kemalangan berlaku.


Seorang pengguna Facebook bernama Kelvin Wooi telah memuat naik beberapa gambar dan video semalam tentang kemalangan tersebut yang berlaku di KM26, Lebuhraya Karak.

Menurut Kelvin, ketika kejadian dia berada di dalam sebuah kereta Toyota berwarna silver dan telah dipotong oleh sebuah kereta Honda dan Audi.

Namun, sebaik sahaja kedua-dua pemandu kereta tersebut memotong, mereka telah melanggar sebuah Toyota Avanza yang dinaiki lapan sekeluarga! Keluarga itu dikatakan di dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Alahai kesiannya.

Karak1
sumber: facebook

Kereta Audi tersebut telah merempuh bahagian belakang Avanza berkenaan sebelum terbang ke dalam parit. Disebabkan itu, pemandu Avanza tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahagian kanan belakang Honda.

Karak2
sumber: facebook
Karak3
sumber: facebook

Sebagai rakyat yang prihatin Kelvin kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk membantu keluarga yang berada di dalam Avanza itu.

Melihat petrol mula melimpah dari kereta itu, Kelvin segera mendapatkan anak-anak pasangan tersebut dan meletakkan mereka di dalam keretanya sebelum menghubungi ambulan.

Syukur, mereka hanya mengalami kecederaan ringan seperti patah tangan dan jahitan. Saya hubungi ambulan dan mereka telah dibawa ke hospital.”

Kalau sampai patah tangan tu kira teruk lah tuuu! Naya betul…

Melalui perkongsian gambar di Facebook, keadaan jalan dilihat masih basah dan kereta Avanza itu agak teruk. Nasib takde kemalangan jiwa.

Karak4
sumber: facebook

Netizen rata-rata mengekspresikan rasa marah mereka selepas membaca kisah yang dikongsi Kelvin itu. Sudah tentu, hampir semua menyelar tindakan pemandu tidak bertanggungjawab yang berlumba di jalan raya dalam keadaaan jalan yang licin.

Mereka patut diharamkan daripada memandu seumur hidup dan luangkan masa di dalam penjara!”

Nak cari ajal, tolong cari seorang diri. Jangan libatkan insan yang tidak bersalah.”

Tidak ketinggalan juga ada yang berterima kasih kepadanya kerana bersikap prihatin dan membantu mangsa kemalangan tersebut. Thank you!

Kelvin mengingatkan sesiapa yang suka dah mahu berlumba supaya pergi ke tempat sepatutnya jika mahu berlumba dan bukannya di jalan raya yang digunakan orang awam.

Jangan berlumba di jalan raya. Sentiasa ingat jika anda berlumba di jalan raya, ada nyawa lain yang anda perlu ambil kira.”

Betul tu! Nak berlumba pergi lah trek lumba kereta. Tak payah lah nak bahayakan nyawa orang lain jugak. Ish!

Tonton video di bawah ini:

Baca: Amoi Cantik Bantu Mat Rempit Kemalangan Tepi Jalan Jadi Perbualan Netizen

Amoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.