in

Dua Pelajar Perubatan Digantung Dari Jalani Internship Lepas Kantoi Main TikTok Dalam Hospital

Featured 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak pasal-pasal digantung dari menjalani latihan praktikal hanya sebab ‘TikTok’.


Tak sangka, perbuatan dua orang pelajar perubatan yang merakamkan video TikTok di dalam hospital ketika waktu bekerja mendatangkan padah selepas pihak hospital membuat keputusan menggantung internship mereka.

Kejadian yang berlaku di Hyderabad Gandhi Hospital itu menyaksikan dua pelajar yang sedang menjalani internship di Jabatan Fisioterapi dihantar pulang ke kolej perubatan masing-masing sebagai ‘tindakan disiplin’ dari hospital akibat perbuatan yang mereka lakukan.

Memetik TheNewsMinute, dua pelatih tersebut merakamkan empat video TikTok ketika berada di dalam hospital dan masih dalam tempoh, meskipun tiada pesakit ketika itu.

130308040103 Dsc02193

Tiktok 1
Sumber: the news minute

Mereka didakwa melakonkan semula scene tertentu selain turut merakamkan lip-syncing lagu dari filem-filem.

Pelatih-pelatih tersebut bukanlah pelajar hospital ini sebaliknya merupakan penuntut dari 2 Kolej Perubatan yang melakukan latihan praktikal di Jabatan Fisioterapi.”– Dr Savan Kumar, Superitendan Hospital Gandhi

Ujarnya selain menggantung para pelajar terbabit, superitendan hospital turut mengeluarkan memo kepada Jabatan Fisioterapi.

“Biasanya pelatih akan menjalani latihan selama 6 bulan di hospital tetapi dua pelajar tersebut dihantar semula ke kolej masing-masing selepas 3 bulan selain turut diberi surat kepada Ketua Jabatan kolej masing-masing sebagai sebahagian daripada tindakan tatatertib daripada pihak berkuasa hospital.”-Dr Jayakrishna, Pegawai Perubatan Residen

 

Fuhh! Bukan besher-besher ni, sebab itu kalau nak buat sesuatu tu better fikir kesan dan akibatnya. Kalau tak, takut jadi macam ni lah.

Baca : “Minah rempit karat pun suka”  Aliff Aziz Check In Hotel Dengan Awek TikTok Umur 17 Tahun?

Awek Tiktok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.