in

“Dua kucing saya mati” – Nabil Mahir Kecewa Tindakan Veterinar Enggan Rawat Kucing Cedera Sebab Nak Tutup

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencinta haiwan ‘bulus’ mesti akan pernah merasai detik-detik cemas apabila kucing kesayangan dalam keadaan cedera yang memerlukan rawatan selanjutnya di klinik veterinar.


Tidak kiralah sama ada boleh diselamatkan atau tidak, kita tetap juga berusaha untuk menjamin kesihatan mereka walaupun terpaksa berhabis wang kerana bagi pencinta haiwan, merekalah antara peneman kehidupan.

Perkara ini boleh digambarkan oleh Nabil Mahir, seorang pencinta kucing juga selaku suami kepada Ayda Jebat yang baru-baru ini terpalit dengan pengalaman yang boleh dikatakan pahit untuk ditelan.

Si kucing ‘Kate’ berdarah dan lemah sewaktu melawatnya

 

Screenshot 2022 08 02 At 1.58.09 Pm

Lebih mengejutkan, dia mendapati kucing kesayangannya, Kate dilihat dalam keadaan lemah dan mulutnya yang berdarah. Tanpa berfikir panjang, dia segera membawanya ke klinik veterinar berdekatan dan memaklumkan kepada pihak veterinar tersebut sebagai kes kecemasan.

Screenshot 2022 08 02 At 2.04.48 Pm

Klinik tolak untuk rawat Kate, disuruh cari tempat lain

Lebih menyedihkan apabila klinik veterinar tersebut menolak untuk merawat kucing tersebut hanya kerana waktu operasi sudah tamat. Tambahan, staf di sana juga mengarahkan untuk Nabil pergi ke klinik lain untuk rawatan selanjutnya.

“Mereka suruh saya ke klinik haiwan lain kerana mereka sudah nak tutup. Kalaulah mereka betul-betul sayangkan haiwan, mereka patut menerima rawatan untuk Kate.”

Tidak sempat buat rawatan, Kate gagal diselamatkan

Disebabkan lambat mendapatkan rawatan, kucing kesayangan Nabil gagal diselamatkan tak lama selepas itu. Dia meluahkan rasa sangat kecewa terhadap klinik tersebut kerana tergamak melakukan tindakan tersebut ke atas dirinya dan kucing kesayangannya,

“Tak lama lepas tu, Kate pun mati. Saya akan merindui kamu, Kate. Saya selamanya akan benci klinik veterinar tersebut yang menolak permintaan saya untuk membantu Kate.”

Screenshot 2022 08 02 At 2.01.44 Pm

Bagi min, kita sebagai manusia juga perlu ada sifat kemanusiaan dalam diri. Tapi apapun yang berlaku mesti ada sebab dan kita perlu percaya apa yang telah dirancang oleh Tuhan. Apa pendapat korang pula?

Baca: “Gendut pun lari laju” – Gelagat Kucing Ini Lumba Lari Dengan Tuannya Buat Netizen Tersengih

Screenshot 2022 08 02 At 2.20.14 Pm

 

Sumber: IG Story
Sumber: IG Story
Sumber: IG Story

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.