in

Dua Hari Gagal Dihubungi, Pelajar Universiti Awam Di Serdang Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

Page Upm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dua hari gagal dihubungi, akhirnya misteri kehilangan seorang pelajar di universiti awam di Serdang terjawab selepas ditemui meninggal dunia di dalam bilik kolejnya malam tadi.

Mayat pelajar tahun akhir bagi jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia yang berusia 29 tahun itu ditemui oleh staf, felo dan juga pelajar lain yang masuk menggunakan kunci pendua.


Komen 2 1

Menurut sumber, kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, A.A. Anbalagan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang penemuan mayat pelajar lelaki itu sekitar jam 7:45 malam.

“Dah lama tak nampak mangsa & bau busuk dari bilik”

Siasatan awal mendapati bahawa rakan mangsa bertindak untuk ke bilik pelajar tersebut pada jam 4:30 petang hari yang sama selepas lama tak berjumpa sebelum terhidu bau yang busuk dari arah bilik mangsa.

“Sejurus saja terhidu bau yang kurang enak itu, rakan mangsa segera maklumkan kepada felo kolej yang bertugas sebelum mereka bertindak untuk masuk ke bilik menggunakan kunci pendua” – Ujar A.A. Anbalagan

Tambahnya lagi, sebaik saja pintu dapat dibuka, mangsa ditemui berada dalam keadaan tak berbaju dan berseluar panjang terbaring di atas lantai bersebelahan katil manakala barangan berharga milik pelajar itu masih ada dalam bilik.

Komen 3 1

Pasukan forensik dan juga siasatan mendapati kematian pelajar itu tidak mempunyai unsur-unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut malah mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Min doakan semoga segala urusan dimudahkan ya…

Baca: Gara-gara Selisih Faham Dengan Kekasih, Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditekup Bantal

Untitled 2 17

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.