Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial mengenai ‘pengantin viral’ yang berjaya menarik perhatian netizen selepas pengantin lelaki bernikah dengan dua teman wanitanya secara serentak!
Wah, hebat bang jago.
Memetik laporan Detiknews, pemuda itu yang dikenali sebagai Suwan yang berumur 20 tahun, pada awalnya mula mengenali Popy Anggraini,18, dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan gadis tersebut sejak 3 tahun yang lalu.
Namun, dia kemudiannya berkenalan pula dengan seorang lagi gadis yang dikenali sebagai Anggun, 19, sejak 3 bulan yang lalu dan membuat keputusan untuk menyunting kedua-dua teman wanitanya itu sebagai isteri.
Saya pada awalnya bercinta dengan Popy selama 3 tahun. Selepas itu berkawan juga dengan Anggun 3 bulan lalu.
Kedua-dua teman wanita nak bernikah
Korang mungkin berpendapat bahawa berlakunya ‘drama’ atau ‘perang’ merebut kekasih hati antara kedua-duanya setelah mengetahui si lelaki ternyata mencintai dua orang gadis yang berbeza bukan? Nah, telahan itu salah sama sekali kerana kedua-dua gadis itu ternyata tidak kisah sekiranya bermadu.
Kekasih saya kedua-duanya kata mahu nikah dengan saya, jadi kami minta restu dari ibu bapa.
Siap minta restu dari ibu bapa
Apa yang lebih mengejutkan, mereka bertiga berpakat pula untuk merancang mendirikan rumah tangga bersama-sama dan memberanikan diri untuk memberitahu ibu bapa masing-masing mengenai hasrat tersebut. Ibu bapa mereka pada awalnya berasa terkejut dengan permintaan ‘aneh’ itu namun tetap memberikan restu terhadap hubungan mereka.
Pasangan itu kemudiannya menjalankan upacara persandingan pada 26 Disember 2020 yang lalu dimana ketiga-tiga mempelai kelihatan segak berbusana khas berwarna merah keemasan mengikut adat Sumatera Selatan sambil bersanding di atas pelamin. Perkahwinan mereka itu berjaya meraih perhatian media Indonesia sehingga tular di media sosial.
https://www.instagram.com/p/CJR86nSjCFu/?utm_source=ig_embed
Kalau pasangan pun chill, kita pun sama-sama doakan semoga hubungan perkahwinan mereka bertiga berkekalan ke akhirnya.
Baca: “Ketat je muka” – Lelaki Sabah Tak Tahu Nak Kahwin GF Mana Satu, Decide Kahwin Dua Terus